Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Bengkel Penyelarasan Libat Urus Inter Agensi Pengurusan Aduan di Sabah

Bengkel Penyelarasan Libat Urus Inter Agensi Pengurusan Aduan di Sabah

13 April 2023 - Kota Kinabalu, SICC: Bengkel Penyelarasan Libat Urus Inter Agensi Pengurusan Aduan di Sabah telah dirasmikan oleh Tuan Izani Othman, Pengarah MCMC Negeri Sabah.

Dalam ucapan perasmian tersebut, pengarah memaklumkan objektif Libat Urus ini diadakan adalah sebagai platform membincang dan membentuk persefahaman di antara agensi persekutuan dan negeri yang bertindak sebagai agensi pengurusan aduan awam di negeri Sabah khususnya berhubung aduan salah laku di media sosial, jual beli atas talian, jenayah siber dan lain-lain aduan.

Puan Shariffah Aznoor Jap, Ketua Unit Pengurusan Aduan telah menyampaikan Sesi Perkongsian bertajuk Transformasi Pengurusan Aduan dan pengenalan berhubung Sistem i-Adu.

Hadir sama dalam bengkel ini adalah Puan Dayang Noorashikhin Zulkefli, Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Encik Mohd Asril Sharil, Puan Siti Fairuz Ag Mohd Hussin dan Encik Mohd Fauzee Harith.

sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps