Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn
RAMADAN
VIDEO
  • 6172532

    Biografi SKN
  • 6172532

    Perutusan
    Tahun 2024
  • 6172532

    Aplikasi
    G2E Sabah
  • 6172532

    Dashboard
    Kerajaan
  • 6172532

    Sistem
    Janji Temu
  • 6172532

    Sistem
    i-Adu
 
Slide
Menginsankan Penyampaian Perkhidmatan:
Berkhidmat dengan jiwa
Humanising Service Delivery: Serve with soul

Akses Pantas Perkhidmatan Kerajaan

  • 6172532

    Saluran Aduan
  • 6172532

    Digital
    Sabah
  • 6172532

    Sistem
    ePP 2.1
  • Bayu AI

    Bayu AI
  • 6172532

    Sabah
    Tamu
  • 6172532

    BizSabah
    VEP
  • 6172532

    JTUWMA
    Pro
 

Latar Belakang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Institusi Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan badan terpenting dalam pentadbiran kerajaan negeri Sabah dan telah wujud seawal tahun 1956 sebelum pembentukan negara Malaysia melalui penyertaan Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak ke dalam gagasan Malaysia.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri


Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Ketua Menteri telahpun lama wujud semenjak pentadbiran negeri Sabah dibawah Syarikat Berpiagam Borneo Utara (1881 – 1942). Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai urusetia kepada Setiausaha Kerajaan yang merupakan Ketua Pentadbiran Awam membantu Gabenor ketika itu untuk mentadbir Borneo Utara. Pejabat ini merupakan pusat Latihan bagi pegawai-pegawai kadet yang baru dilantik dan juga mengawal beberapa jabatan antaranya:
  1.  Pejabat Tanah
  2. Jabatan Buruh
  3. Jabatan Kerja Raya
  4. Jabatan Hutan
  5. Jabatan Keretapi
  6. Pejabat Ukur
  7. Jabatan Perubatan
  8. Jabatan Perbendaharaan
  9. Pejabat Pos
  10. Pejabat Cetak
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kekal beroperasi sehinggalah masa kini dalam pentadbiran negeri setelah kemerdekaan. Pada akhir tahun 1963, kesemua Jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab langsung kepada Setiausaha Kerajaan telah dipindah ke Kementerian-Kementerian berkenaan dan Setiausaha Kerajaan merangkap Setiausaha Tetap kepada Jabatan Ketua Menteri. Setiausaha Kerajaan sebagai Setiausaha Tetap bagi Jabatan Ketua Menteri, Sabah mempunyai Jabatan, Bahagian dan Unit sokongan iaitu:
  1. Pejabat Ketua Menteri
  2. Pejabat Pembantu-Pembantu Menteri;
  3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri;
  4. Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri;
  5. Pejabat Hasil Bumi;
  6. Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan;
  7. Bahagian Istiadat dan Protokol;
  8. Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur;
  9. Pejabat Akhbar dan Penerbitan;
  10. Bahagian Pengurusan dan Kewangan;
  11. Bahagian Kabinet dan Dasar;
  12. Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat;
  13. Unit Perancangan Ekonomi Negeri;
  14. Jabatan Peguam Besar Negeri;
  15. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri;
  16. Jabatan Perhutanan Sabah dan
  17. Jabatan Tanah dan Ukur
  18. Jabatan Cetak Kerajaan
  19. Jabatan Arkib Negeri Sabah

Setiausaha Kerajaan Negeri Pertama

Setiausaha Kerajaan (State Secretary) yang pertama telah dilantik pada tahun 1963 melalui pemberian mandat kepada Robert Noel Turner iaitu seorang bekas Ketua Setiausaha Borneo Utara (Chief Secretary of North Borneo) yang telah berkhidmat pada 1956-1963 di bawah pentadbiran Borneo Utara dan telah dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri sehingga beliau bersara pada tahun 1964 (Rujukan). Pada tahun 1964, anak watan Sabah pertama iaitu Yang Berhormat Datuk John bin Dusing telah dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri dan telah berkhidmat sehingga bersara pada tahun 1968. Sejak pada itu, Setiausaha Kerajaan Negeri telah diterajui oleh anak watan Sabah.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (akronim PSKN) telah ditubuhkan untuk mengurus tadbir pentadbiran kerajaan negeri melalui penyelarasan, pemantauan dan penyediaan dasar-dasar kerajaan dari semasa ke semasa mengikut arus peredaran zaman untuk memastikan pembangunan dan pentadbiran negeri Sabah dapat dijalankan dengan baik, telus dan memberi manfaat kepada rakyat.
 

Rujukan

  • Robert Noel Turner CMG (1912-1987) served as a cadet in the Malayan Civil Service from 1935, rising to the rank of Administrative Officer Class V in 1938. He was seconded to Brunei as Assistant Resident in 1940. From 1941-1945, during the Second World War, he was interned by the Japanese. He was seconded to Sarawak in 1946 as Assistant Secretary, then took the post of AdministrativeOfficer Class III in Malaya 1947. In 1948 he became 1stAssistant, Malayan Establishment Office, then Colonial Secretary, Barbados in 1950.He served as Chief Secretary, North Borneo, 1956-1963 and State Secretary, Sabah, 1963-1964.He was made Chief Secretary, North Borneo in 1956 and retired in 1964.

 

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps