Soalan Lazim Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Soalan Lazim Berkenaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
-
Apakah itu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri?
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan urus setia kepada Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Ketua Pentadbiran Awam Sabah.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (akronim PSKN) telah ditubuhkan untuk mengurus tadbir pentadbiran kerajaan negeri melalui penyelarasan, pemantauan dan penyediaan dasar-dasar kerajaan dari semasa ke semasa mengikut arus peredaran zaman untuk memastikan pembangunan dan pentadbiran negeri Sabah dapat dijalankan dengan baik, telus dan memberi manfaat kepada rakyat. -
Apakah Nombor Telefon dan Alamat Perhubungan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri?
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
Jalan UMS, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088-369900 / 9901
Nombor Faks : 088-211016 -
Bagaimanakah cara untuk memohon mengadakan lawatan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri?
Anda perlu menggunakan Sistem i-Meet utuk membuat permohonan janji temu dengan menyatakan tarikh, masa dan bilangan peserta yang turut serta di dalam lawatan tersebut melalui pautan berikut atau klik di sini.
Anda boleh menghubungi kami apabila telah membuat permohonan melalui Sistem i-Meet melalui maklumat perhubungan berikut atau melalui sistem semakan i-Meet di sini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
Jalan UMS, Teluk Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah
Nombor Telefon : 088-369900 / 9901
Nombor Faks : 088-211016 -
Apakah Etika Berpakaian semasa melakukan lawatan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri?
Semua pelawat yang melawat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah berpakaian sopan dan bersesesuaian.