Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn
RAMADAN
VIDEO
  • 6172532

    Biografi SKN
  • 6172532

    Perutusan
    Tahun 2024
  • 6172532

    Aplikasi
    G2E Sabah
  • 6172532

    Dashboard
    Kerajaan
  • 6172532

    Sistem
    Janji Temu
  • 6172532

    Sistem
    i-Adu
 
Slide
Menginsankan Penyampaian Perkhidmatan:
Berkhidmat dengan jiwa
Humanising Service Delivery: Serve with soul

Akses Pantas Perkhidmatan Kerajaan

  • 6172532

    Saluran Aduan
  • 6172532

    Digital
    Sabah
  • 6172532

    Sistem
    ePP 2.1
  • Bayu AI

    Bayu AI
  • 6172532

    Sabah
    Tamu
  • 6172532

    BizSabah
    VEP
  • 6172532

    JTUWMA
    Pro
 

Perasmian Ekadasa Sabah Maju Jaya

Ekadasa Sabah Maju Jaya pada sebelah pagi, telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sipadan II dan III, aras 4, Sabah International Convention Centre (SICC), dekat sini.

Ucapan perasmian disampaikan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Selain itu, YB Setiausaha Kerajaan Negeri juga menjadi Speaker pertama yang membentangkan tajuk mengenai Prolog 3R (Revitalize, React, Responsible : Pemangkin Pertumbuhan Ekonomi dan Penyampaian Perkhidmatan.

Sesi kedua bertajuk Modal Insan : Memperkasakan Ekosistem STIE di Sabah dibentangkan oleh Speaker Tuan Haji Zainudin Aman, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah bersama barisan panel iaitu Ts Dr Ramzah Dambul, Puan Hazami Habib, dan Encik Verniun Maidin, serta moderator ialah Puan Bibiantie Sarjuni.

Speaker seterusnya ialah YBhg. Datuk Mohd Yusrie Abdullah, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar yang membicarakan mengenai tajuk Pelancongan dan Kelestarian Hijau bersama moderatornya Dr Awangku Hassanal Bahar Pengiran Bagul. Barisan panel pula terdiri daripada Dr. Rahimatsah Amat, Cik Liz Ortiguera, Puan Noredah Othman, dan Puan Becky Berthilda Yusak.

Kemudian, sesi keempat bertajuk Development of MID'S Industrial Parks : Opportunities Investment and Jobs oleh YBrs Tuan Thomas Logijin, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian, bersama moderator Dr Bilson Kurus dan barisan panel iaitu Encik Lawrence G.Kimkuan, Encik Wong Tiang Sing, Encik Shin Dong –Hwan, dan Encik Mohd Shafiq bin Abdullah Salleh.

Sesi terakhir sebelah pagi bertajuk peranan Kerajaan Negeri dalam memperkasakan Modal Insan di Sabah pula dibentangkan oleh Speaker Encik Sapdin Ibrahim, Setiausaha Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas bersama Moderator Encik Ramlan Ag Ali serta barisan panel iaitu YBhg. Datuk Dr Mistirine Radin, Dr Soon Singh A/L Bikar Singh, Puan Muliati binti Kamaruddin, dan Encik Mohd Fikri bin Mahamuda.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps