Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  COVID-19  COVID-19
{Play}KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini menyampaikan insentif kemenangan berjumlah RM71,450 kepada atlet Sukan SEA Hanoi 2021 dari negeri ini yang berjaya mendapat pingat pada temasya kali ke-31 itu.

Insentif kepada 23 pemenang pingat emas, perak dan gangsa termasuk untuk acara berpasukan itu disampaikan Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor pada Majlis Meraikan Pencapaian Atlet Sabah.

Atlet negeri ini menyumbang masing-masing empat emas dan perak serta 11 pingat pada temasya bulan lalu.

Empat pemenang emas itu ialah Andre Anura Anuar dalam acara lompat kijang; Jellson Jabilin (akuatik terjun), Fatin Nur Fatehah Mat Salleh (memanah) dan Natahsya Soon (berbasikal).

Sementara itu, Hajiji berkata Kementerian Belia dan Sukan negeri perlu mencungkil lebih ramai bakat baharu dalam sukan bagi memastikan Sabah tidak ketandusan atlet pelapis pada masa akan datang.

Katanya, ia boleh dilakukan dengan mengadakan pelbagai program atau pertandingan sukan untuk mencari bakat baharu di seluruh negeri.

"Kerajaan negeri komited dalam memajukan sukan di negeri ini kerana ramai atlet muda kita yang bersaing hingga ke peringkat antarabangsa dan pernah mengharumkan nama negara.

"Ini termasuklah pelayar negara, Rufina Tan; pemain golf negara, Ben Leong dan terkini dua perenang negara, Janetty John Fabian serta Loo Yie Bing.

"Kita juga ada atlet yang menang emas di Sukan SEA di Hanoi baru-baru ini seperti Andre, Jellson Jabilin, Fatin Nur Fatehah dan Natahsya.

"Justeru, saya meminta kementerian mencungkil lebih ramai bakat baharu dalam sukan agar ada kesinambungan dan pelapis. Saya pasti ramai anak muda kita yang berbakat dalam olahraga, badminton, renang dan berbasikal yang boleh diketengahkan," katanya.

Sebagai sokongan pembangunan sukan, Hajiji berkata kerajaan negeri menyediakan RM52.02 juta untuk pembangunan sukan termasuk membina prasarana dan fasiliti sukan di Sabah menerusi Belanjawan 2022.

Katanya, program pembangunan sukan bukan saja disasarkan untuk melahirkan rakyat yang sihat dan cergas tetapi juga ke arah melakar nama negeri di peringkat antarabangsa, selain melahirkan lebih ramai atlet muda.

sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps