Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn
INTRO-01062023-2560.jpeg
INTRO-01062023-2560.jpeg
  • 6172532

    Biografi SKN
  • 6172532

    Perutusan
    Tahun 2023
  • 6172532

    Aplikasi
    Kerajaan
  • 6172532

    Dashboard
    Kerajaan
  • 6172532

    Sistem
    Janji Temu
  • 6172532

    Sistem
    i-Adu
 

Sabah harap kukuhkan hubungan persahabatan, kerjasama dengan China

{Play}KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berharap, hubungan persahabatan yang baik dan kerjasama yang erat di antara Sabah dan China dalam pelbagai bidang dapat diperkukuhkan lagi untuk manfaat dan faedah kedua-dua pihak.

Katanya, Sabah mengalu-alukan para pelabur dari negara China untuk melabur di wilayah ini, selain kedatangan para pelancong dari negara itu, memandangkan Sabah mempunyai banyak sumber semulajadi yang cantik dan unik.

“Saya berharap Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu yang baharu, Cik Huang Shifang dan Pejabat Konsul Jeneral di sini akan memainkan peranan penting membantu mempromosi Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan dan pelaburan utama kepada rakyat China,” kata Ketua Menteri.

Hajiji yang mengalu-alukan Huang ke Sabah berharap, ramai pelancong China akan melawat Sabah apabila rakyat negara itu dibenarkan kembali melancong ke luar negara.

“Kita mempunyai hubungan yang baik dengan China selama ini dan Sabah sangat mengalu-alukan kedatangan pelancongan daripada negara China. Ini akan membantu pertumbuhan industri pelancongan wilayah ini”, katanya semasa menerima kunjungan hormat daripada Huang di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Huang yang mengganti tempat Liang Caide, tiba di Kota Kinabalu pada 30 Mei 2022.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Sabah, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah (EPU), Puan Jasmin Teo, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Sabah Berhad dan Datuk Madiyem Layapan dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Dr. Roland Chia.

sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps