Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  COVID-19  COVID-19
  • 6172532

    Biografi SKN
  • 6172532

    Perutusan
    Tahun 2022
  • 6172532

    Arahan
    Terkini
  • 6172532

    Aplikasi
    Kerajaan
  • 6172532

    Dashboard
    Kerajaan
  • 6172532

    Sistem
    Janji Temu
  • 6172532

    Sistem
    i-Adu
 

Kementerian dan Jabatan Utama

  • MOF SabahKementerian Kewangan
  • KSTI SabahKementerian Sains, Teknologi & Inovasi
  • KSTI SabahKementerian Pembangunan Perindustrian
  • KKR SabahKementerian Kerja Raya Sabah
  • KBS SabahKementerian Belia dan Sukan Sabah
  • KEPKAS SabahKementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
  • KKTP SabahKementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
  • KPLB SabahKementerian Pembangunan Luar Bandar
  • KPMKR SabahKementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat
  • PMTTK SabahPejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
    {Play}KENINGAU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu semua pemain industri perkayuan di negeri ini untuk mentransformasikan industri itu dengan mengguna pakai konsep Rantaian Nilai Ekonomi (EVC) yang mengintegrasikan kedua-dua sektor pengeluaran huluan serta hiliran.

    Katanya, pemprosesan perhutanan huluan dan hiliran merupakan sektor yang berdiri sendiri selama ini yang bermakna produk huluan tidak sepadan sepenuhnya dengan permintaan hiliran.

    “Dengan konsep EVC, barisan pengeluaran ini akan bersepadu dan akan meningkatkan produktiviti pada skala yang lebih besar,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Jawala Plantation Industries Sdn Bhd dan Sapulut Forest Development Sdn Bhd di Hutan Simpan Sapulut, hari ini.

    Hajiji berkata, ia adalah lawatan kerja pertamanya ke kawasan konsesi Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA) sejak beliau memegang jawatan itu untuk melihat kemajuan fizikal inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam sektor perhutanan iaitu Transformasi Ladang Hutan melalui Pelan Tindakan Pembangunan Ladang Hutan (2022-2036) yang dilancarkan pada 22 Mac lalu.

    Katanya, melalui Pelan Tindakan itu, kerajaan negeri mensasarkan untuk membangunkan 400,000 hektar ladang hutan dalam kawasan Hutan Simpan Komersial menjelang 2036.

    Menurutnya, strategi pembangunan ladang hutan ini adalah untuk mengurangkan kebergantungan sektor industri perkayuan hiliran daripada sumber bekalan bahan mentah keluaran hutan asli dan dalam masa sama mengekalkan daya saing sektor ini pada masa hadapan.

    Turut hadir ialah YB Setiausaha Kerajaan Negeri. Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong.




    sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
    Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
    88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
    Talian: 088-369900 088-369901
    Faksimili: 088-211016
    Navigasi Google Maps