{Play}KOTA KINABALU - YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri selaku pengerusi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) telah mempengerusikan Mesyuarat Agung MAKSAK Sabah ke-52. Mesyuarat ini julung kalinya diadakan sejak pandemik COVID-19 dan telah dihadiri oleh semua ahli-ahli kehormat MAKSAK di Aras 26, Blok A, Menara Kinabalu.