Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  COVID-19  COVID-19
  • 6172532

    Biografi SKN
  • 6172532

    Perutusan
    Tahun 2022
  • 6172532

    Arahan
    Terkini
  • 6172532

    Aplikasi
    Kerajaan
  • 6172532

    Dashboard
    Kerajaan
  • 6172532

    Sistem
    Janji Temu
  • 6172532

    Sistem
    i-Adu
 

Kementerian dan Jabatan Utama

  • MOF SabahKementerian Kewangan
  • KSTI SabahKementerian Sains, Teknologi & Inovasi
  • KSTI SabahKementerian Pembangunan Perindustrian
  • KKR SabahKementerian Kerja Raya Sabah
  • KBS SabahKementerian Belia dan Sukan Sabah
  • KEPKAS SabahKementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
  • KKTP SabahKementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
  • KPLB SabahKementerian Pembangunan Luar Bandar
  • KPMKR SabahKementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat
  • PMTTK SabahPejabat Menteri Tugas-Tugas Khas
    KOTA KINABALU: Kerajaan negeri komited menyokong usaha dan inisiatif setiap daerah bagi mengetengahkan keunikan budaya serta tradisi masyarakat di tempat masing-masing seperti Regatta Lepa.

    Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, rakyat Sabah bertuah kerana mempunyai kepelbagaian bangsa dan budaya.

    Katanya, sudah pasti kepelbagaian budaya dan tradisi masyarakat di Sabah akan menjadi daya tarikan pelancong ke negeri ini.

    “Justeru, penganjuran program seperti ini adalah platform terbaik kepada rakyat khususnya masyarakat Bajau di daerah Semporna untuk mengetengahkan kebudayaan tradisi mereka kepada pengunjung.

    “Selain kekayaan dan keindahan biodiversiti, Pesta Regata Lepa ini merupakan satu khazanah yang perlu terus dimartabatkan khususnya untuk generasi muda,” katanya ketika melancarkan Majlis Promosi dan Pengembangan Regatta Lepa Sabah 2022 di Padang Merdeka, di sini semalam.

    Hajiji berkata, pembukaan sempadan negara pada 1 April lalu dilihat bakal membantu memulihkan ekonomi Sabah yang terjejas teruk akibat penularan COVID-19.

    “Ia kerana penutupan sempadan Malaysia sejak kira-kira dua tahun lalu turut menjejaskan sektor pelancongan negeri yang merupakan antara sumber pendapatan utama ekonomi Sabah.

    “Saya yakin penganjuran Pesta Regatta Lepa ini akan terus menjadikan daerah Semporna, sebagai antara destinasi pelancongan dan seni budaya yang terkemuka, bukan sahaja di negeri dan rantau ini tetapi juga di peringkat antarabangsa,” katanya.

    Hajiji turut merakamkan tahniah dan syabas kepada Pertubuhan Kebudayaan Kesenian Bajau Semporna (PEKAS) dan pihak Akademi Seni dan Teknologi Kreatif, (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah atas usaha dan kerjasama bagi menjayakan Pesta Regatta Lepa Antarabangsa ini yang telah berlangsung bermula 23 Mei sehingga 28 Mei.

    Dalam perkembangan yang sama, Hajiji berkata sebagai Presiden Persatuan Bajau Sama Sabah (PBSS) beliau akan berusaha agar cadangan untuk mewujudkan kerusi penyelidikan rumpun Bajau Sama di Universiti Malaysia Sabah (UMS), dapat direalisasikan.

    Terdahulu, Pengerusi PEKAS, Datuk Nasir Tun Sakaran Dandai dalam ucapannya berkata, PEKAS mencadangkan agar kerusi penyelidikan rumpun Bajau Sama diwujudkan di UMS dan persatuan itu akan memberi sokongan padu dengan cadangan berkenaan.

    Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.

    sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
    Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
    88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
    Talian: 088-369900 088-369901
    Faksimili: 088-211016
    Navigasi Google Maps