Kota Kinabalu: Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong telah hadir ke Majlis Jamuan Teh Diraja bersempena Hari Keputeraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong XVI AL-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Musta'in Billah.
Majlis yang berlangsung di Istana Seri Kinabalu ini turut dihadiri para pemimpin kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri.