Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  COVID-19  COVID-19

Sesi Rundingan & Penyelarasan Kementerian Wilayah Persekutuan Dengan Kerajaan Negeri Sabah mengenai Rancangan Pemajuan WP Labuan 2040

{Play}KOTA KINABALU - Sesi Rundingan & Penyelarasan Kementerian Wilayah Persekutuan Dengan Kerajaan Negeri Sabah mengenai Rancangan Pemajuan WP Labuan 2040 hari ini dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

Datuk Seri Hajah Rosida Binti Jaafar, Ketua Setiausaha KWP menyatakan perbincangan ini merupakan titik permulaan bagi pelbagai kerjasama strategik antara WP Labuan-Sabah. Sesi ini juga mengintai peluang usahasama yang boleh dijalinkan dan ditambah baik antara dua negeri dalam aspek pembangunan ekonomi, pelaburan, pembinaan infrastruktur termasuk Jambatan Labuan-Sabah. Semoga segala perancangan ini dapat dilaksanakan dengan terancang demi kesejahteraan warga WP Labuan.

sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps