Page 5 - Semakan Semula PAR JKM
P. 5

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
                       Salam Sejahtera  dan  Salam Sabah Maju Jaya!

                   Hala  Tuju  Sabah  Maju  Jaya  berpaksikan  kepada  tiga  (3)  teras  utama  iaitu  Sektor
                   Pertanian, Perindustrian  dan Pelancongan  sebagai  fokus  pertumbuhan  Ekonomi,
                   Modal  lnsan  dan Kesejahteraan Rakyat serta Jaringan lnfrastruktur dan Kelestarian
                   Hijau  kini  melalui  fasa  pelaksanaan  (Pelan  Pembangunan  Sabah  Maju  Jaya  1.0  :
                   2021-2025).
                   Sehubungan    itu    bagi      menjayakan    agenda    pembangunan      negeri    tanpa
                   berkompromi  dengan    elemen    penyelewengan    dan    penyalahgunaan    kuasa,
                   inisiatif-inisiatif  berkaitan  tadbir  urus,  integriti  serta    antirasuah  ini  telah
                   dibangunkan,  iaitu  Pelan  Antirasuah  Jabatan  Ketua  Menteri  2019-2023  (PAR  JKM
                   2019-2023).
                   Kerajaan telah meletakkan komitmen yang tinggi ke atas pelaksanaan inisiatif yang
                   terkandung dalam Pelan Antirasuah Jabatan Ketua Menteri  2019-2023  (PAR JKM
                   2019-2023).  PAR JKM 2019 - 2023 juga  kini  menuju pengakhiran pelaksanaannya
                   dan telah diperhalusi bagi memastikan aspek tadbir urus, integriti dan anti rasuah
                   adalah asas utama dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil.
                   Saya  juga  amat  bersyukur  melihat  komitmen-komitmen    yang  ditunjukkan    oleh
                   semua  11  Kementerian    yang    telah    berjaya    membangunkan    Pelan  Antirasuah
                   Organisasi    masing-masing.    lni  menunjukkan  kerjasama  erat  daripada  warga
                   Kementerian  dan  jabatan  serta  agensinya  untuk  menyahut  seruan  kerajaan  dalam
                   membanteras gejala rasuah.
                   Berdepan  dengan  pandemik  COVID-19  dalam  tempoh  dua  tahun  lalu    dan  kini
                   memasuki fasa  peralihan ke endemik bukanlah  satu  halangan  untuk kita  melawan
                   rasuah secara berterusan dalam apa jua bentuk dan keadaan.
                   Saya berharap Buku  Semakan  Semula Pelan  Antirasuah  Jabatan  Ketua  Menteri
                   (2019-2023) yang terhasil  ini akan dilaksanakan  oleh semua pihak yang terlibat dan
                   bersama-sama  menggembleng  tenaga  demi  mencapai  objektif  yang  disasarkan
                   seterusnya meningkatkan keyakinan rakyat kepada Pentadbiran Kerajaan Negeri.



                            YAB DATUK SERI PANGLIMA HAJI HAJIJI BIN HAJI NOOR
                                            KETUA MENTERI SABAH
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10