Page 6 - Semakan Semula PAR JKM
P. 6
PENYATAAN KOMITMEN
Manifestasi agensi-agensi di bawah Jabatan Ketua
Menteri kepada urus tadbir baik dan komitmen antirasuah
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Integriti & Salam Sabah Maju Jaya!
Buku Semakan Semula ini merupakan inisiatif-inisiatif Pelan Antirasuah Jabatan
Ketua Menteri 2019-2023 (PAR JKM 2019-2023) yang telah ditambahbaik dan
seiring dengan perubahan semasa dan dasar kerajaan khususnya agenda
pengukuhan integriti, antirasuah dan tadbir urus baik. Buku Semakan Semula ini
juga menggariskan inisiatif-inisiatif baharu sebagai tambahan ke atas inisiatif
sedia ada.
Penyelarasan inisiatif yang dibuat masih mengekalkan empat (4) bidang
keutamaan iaitu Pentadbiran Sektor Awam, Perolehan Awam, Penguatkuasaan
Undang-undang dan Tadbir Urus Korporat .
Buku Semakan Semula PAR JKM 2019-2023 ini juga diterbitkan sebagai rujukan
kepada semua pihak yang menjelaskan status pencapaian dan
penambahbaikan berterusan yang dibuat hasil pemantauan dan penilaian yang
telah dijalankan sejak pelaksanaan pada tahun 2019.
Akhir kata, saya menyeru agar semua agensi peneraju menyegerakan tindakan
pelaksanaan inisiatif-inisiatif PAR JKM 2019-2023 dan bersama-sama
menjalankan amanah dalam memainkan peranan masing-masing dan
menyatakan komitmen memerangi rasuah melalui pemantapan governans,
integriti dan antirasuah dalam pengurusan pentadbiran kerajaan bagi
meningkatkan kecekapan dan ketelusan.
YB DATUK SERI PANGLIMA Sr. HAJI SAFAR BIN UNTONG, JP
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI