Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
![]() ![]() ![]() |
iMeet - Sistem Janji Temu
Semua maklumat dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa ia dipaparkan. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesulitan atau kerugian yang timbul daripada penggunaan sistem iMeet mahupun akibat masalah teknikal, faktor manusia mahupun bencana alam. Sila pastikan anda menggunakan alamat e-mel yang sah untuk memudahkan notifikasi dihantar terus ke alamat e-mel anda.
Sistem iMeet
-
Mengenai Sistem Janji Temu iMeet
Sistem iMeet merupakan sistem tempahan janji temu bagi individu atau rombongan untuk membuat kunjungan atau bertemu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah atau Pembantu Setiausaha Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu.
-
Panduan Penjadualan
Sila ambil maklum kepada perkara-perkara berikut:
-
Permohonan untuk janji temu ini adalah tertakluk kepada tapisan keselamatan, risiko dan budi bicara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
-
Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerja daripada tarikh lawatan bagi pelawat tempatan manakala sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum tarikh lawatan bagi pelawat luar negeri.
-
Pengesahan janji temu hendaklah dibuat selewat-lewatnya dua (2) hari sebelum tarikh lawatan. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan jadual janji temu terbatal dan pemohon hendaklah memohon semula janji temu tersebut.
-
Permohonan bagi pihak lain adalah sama sekali tidak dibenarkan dan hanya penama yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk membuat lawatan semasa janji temu berlangsung.
- Sebarang perubahan, pembatalan atau penjadualan semula ke tarikh atau masa yang lain adalah keputusan mutlak.
-
-
Carta Alir
-
Pertanyaan Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penjadualan janji temu, sila hubungi talian bebas tol kami yang beroperasi dari 8:00 pagi hingga 05:00 petang setiap hari kecuali hari kelepasan Am:
Talian Khidmat Pelanggan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Talian 1: 088 369900
Talian 2: 088 369901 -
Kelulusan Lawatan
Kelulusan dan Kebenaran Lawatan
Sila maklum bahawa hanya rombongan atau pelawat yang mempunyai kelulusan dan janji temu sahaja yang akan dibenarkan untuk melakukan lawatan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Aras 28, Menara Kinabalu.
Pengesahan Kehadiran
Anda perlu memastikan anda telah membuat pengesahan kehadiran dengan menghubungi kami di talian yang telah disediakan.
Pakaian
Semua pelawat yang melawat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah berpakaian sopan dan bersesesuaian.
Pencegahan COVID-19
Sila maklum bahawa rombongan dan pelawat yang telah lengkap dua (2) dos vaksinasi dan tidak menunjukkan sebarang simptom COVID-19 sahaja yang akan dibenarkan untuk melakukan lawatan. Meskipun anda telah diberikan kelulusan untuk lawatan, sekiranya anda terdiri daripada individu yang merupakan:- Kontak Rapat;
- Diarah Menjalani Kuarantin; atau
- Kontak Kasual dengan Simptom,
anda akan sama sekali akan dihalang daripada meneruskan janji temu tersebut.

Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps
Setiausaha Kerajaan Negeri

Hak Cipta Terpelihara © 2022 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Penafian | Dasar Privasi | Syarat & Terma | Hak Cipta
-
- Statistik Pelawat:
- Hari ini: 20
- |
- Kelmarin: 120
- |
- Minggu ini: 140
- |
- Bulan ini: 683
- |
- Keseluruhan: 75054
- Portal ini telah dikemaskini pada Selasa 30 Mei 2023, 7:05 PM mengikut zon waktu Malaysia.