Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
![]() ![]() ![]() |
Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
5A - Accessible by Anyone, Anytime, Anywhere and by Any device


Sistem ini sesuai digunakan merentasi pelbagai peranti (cross-platform) namun untuk prestasi yang lebih baik di peranti yang berskrin kecil, anda digalakkan memaparkan sistem ini secara melintang (horizontal) di paparan telefon bimbit.
Sistem iTerima
-
Mengenai Sistem Pengisytiharan Harta (iTerima)
Mengenai Sistem iTerimaSistem iTerima merupakan sistem pengisytiharan harta untuk pegawai dan kakitangan yang bertugas di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
-
Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah di Dalam Perkhidmatan Awam
Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah di Dalam Perkhidmatan AwamDalam keadaan penerimaan hadiah tidak berkaitan dengan tugas awam pegawai, maksud bentuk, amaun atau nilai hadiah itu sepadan atau tidak dengan tujuan hadiah itu diberi, hendaklah berdasarkan kepada nilai semasa hadiah itu, “occasion” dan tujuan atau maksud hadiah itu diterima. Penerimaan hadiah oleh pegawai awam yang tidak berkiatan dengan tugas awam, sama ada sepadan atau tidak dengan maksud ianya diberi adalah seperti berikut:
- Penerimaan hadiah dianggap tidak sepadan dengan maksud hadiah itu diberi jika nilai semasa hadiah diterima itu nilainya (dalam bentuk wang) melebihi ¼ emolumen bulanan atau melebihi RM500.00, mana yang lebih rendah. Dalam hal ini, penerimaan hadiah itu hendaklah dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk kelulusan menggunakan borang ini.
- Penerimaan hadiah dianggap sepadan dengan maksud hadiah itu diberi dan tidak perlu dilaporkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk kelulusan, jika nilai hadiah yang diterima itu kurang ¼ emolumen atau RM500.00, jika penerimaan hadiah itu dalam keadaan berikut:
- penerimaan hadiah daripada rakan sekerja sempena persaraan, pertukaran, pertunangan dan perkahwinan pegawai;
- penerimaan hadiah daripada isteri atau suami, anak-anak termasuk anak menantu atau anak angkat yang sah dari segi undang-undang, ibu/bapa termasuk ibu mertua dan bapa mertua dan adik beradik termasuk sebelah isteri atau suami;
- penerimaan hadiah daripada saudara-mara dan rakan-rakan sempena majlis hari jadi, pertunangan dan perkahwinan pegawai atau anak-anak, atau apa-apa majlis lain yang berkaitan dengan adat resam dan agama; atau
- penerimaan hadiah yang cepat rosak dan tidak tahan lama seperti buah-buahan, kuih-muih, minuman ringan, bunga dan sebagainya.
-
Penerimaan Hadiah Yang Menjadi Kesalahan
Penerimaan Hadiah yang Menjadi KesalahanAdalah menjadi kesalahan di bawah undang-undang jika ia diterima dalam keadaan-keadaan berikut:
- hadiah itu diterima atau diminta secara atau dengan niat rasuah (corruptly or with corrupt intention) bahawa ia adalah satu dorongan atau upah kepada pegawai itu bagi melakukan atau tidak melakukan (to forebear), atau kerana telah melakukan atau telah tidak malakukan sesuatu perbuatan berhubung dengan hal-ehwal atau urusan prinsipalnya atau dalam menjalankan kerja-kerja rasminya (seksyen 9 dan 10), Akta Pencegahan Rasuah 1997, seksyen 161 dan 162, Kanun Keseksaan);
- orang yang memberi hadiah itu mempunyai perhubungan dengan kerja-kerja rasmi pegawai itu sendiri atau dengan kerja rasmi seseorang pegawai yang di bawahnya dia bekerja dan pemberian serta penerimaan itu tidak dibuat dengan suci hati (not in good faith) sebaliknya ia dilakukan dengan satu niat jenayah (mens rea); atau
- hadiah itu diterima dengan niat jenayah (mens rea) daripada seseorang, yang pegawai itu ketahui telah, atau sedang, atau mungkin ada kena mengena dalam apa-apa urusan yang telah dijalankan, atau yang akan dijalankan, oleh pegawai itu (seksyen 165, Kanun Keseksaan).
-
Pertanyaan Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Sistem iTerima, sila hubungi talian seperti berikut:
Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Talian 1: 088 369281

Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps

SABAH MAJU JAYA
Hak Cipta Terpelihara © 2022 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Penafian | Dasar Privasi | Syarat & Terma | Hak Cipta
Hak Cipta Terpelihara © 2022 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Penafian | Dasar Privasi | Syarat & Terma | Hak Cipta
-
- Statistik Pelawat:
- Hari ini: 15
- |
- Kelmarin: 357
- |
- Minggu ini: 1605
- |
- Bulan ini: 6388
- |
- Keseluruhan: 103557
- Portal ini telah dikemaskini pada Ahad 10 September 2023, 6:56 AM mengikut zon waktu Malaysia.