Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Perutusan Tahun Baru 2024

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Perutusan Tahun 2024


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sabah Maju Jaya
500PX SKN RIGHT H
Selamat Tahun Baru 2024 kepada semua rakan penjawat awam Negeri Sabah.

Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana masih diberikan peluang untuk bersama-sama dengan keluarga meraikan tahun 2024. Saya turut berharap anda semua meraikan tahun baru ini dengan penuh rasa syukur dan gembira bersama keluarga tersayang.

Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri telah berjaya merekodkan pungutan hasil berjumlah RM6.506 bilion, melepasi sasaran yang dianggarkan berjumlah RM5.268 bilion. Saya amat berbangga dengan prestasi ini dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua rakan penjawat awam negeri yang bekerja keras dan sentiasa komited dalam melaksanakan tugas sehingga menyumbang kepada kejayaan ini.

Belanjawan Sabah 2024 yang melibatkan peruntukan berjumlah RM5.701 bilion serta anggaran kutipan hasil sebanyak RM5.737 bilion merupakan Belanjawan Lebihan (Surplus Budget) sebanyak RM35.87 juta. Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua rakan penjawat awam negeri agar sentiasa berhemah dalam perbelanjaan namun tidak menghadkan kita untuk menyumbang kepada pembangunan negeri sesuai dengan tema “Sabah Teguh, Rakyat Terbela”.

Kerajaan Negeri sentiasa memberikan komitmen dan sokongan berterusan terhadap usaha-usaha menyebarluas mesej-mesej antirasuah dan pembanterasan rasuah di negeri ini. Justeru, saya menyeru kepada semua rakan penjawat awam negeri untuk bersama-sama komited, memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mematuhi undang-undang, dan memberi sokongan penuh terhadap usaha dan inisiatif yang telah dirancang, agar imej penjawat awam dapat diperkasa, seterusnya penyampaian perkhidmatan yang cemerlang diberikan kepada rakyat.

Konsep 5As yang diperkenalkan semasa saya mengambil alih sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri pada 4 November 2019 telah menunjukkan peningkatan melalui inisiatif pendigitalan dalam Perkhidmatan Awam Negeri daripada 233 aplikasi pada tahun 2022 kepada 283 aplikasi pada tahun 2023. Saya mengharapkan usaha melakukan transformasi ke arah Smart Digital Government dapat direalisasikan bersama-sama dengan semua rakan penjawat awam negeri.

Tahun 2023 telah melabuhkan tirainya dan kita melangkah ke tahun 2024 dengan penuh kesyukuran. Semoga semua rakan penjawat awam negeri terus beriltizam untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik dan berintegriti pada tahun ini.

Kecemerlangan akan terus menjadi keutamaan saya dan saya yakin anda juga akan melakukan perkara yang sama.

 
YB DATUK SERI PANGLIMA Sr. HAJI SAFAR BIN UNTONG, JP.
Setiausaha Kerajaan Negeri

01 Januari 2024



Muat Turun Versi PDF | Muat Turun Versi Grafik (PNG)
BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps