Info Korporat
Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Bahagian Integriti dan Governan Negeri Sabah
Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
-
Perutusan Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya, Salam Perpaduan dan Salam Integriti.
Pertama, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran atas rahmat dan keberkatan yang dikurniakan oleh Allah SWT sepanjang tahun 2022. Semoga teladan yang baik dijadikan amalan dan ujian yang mencabar dijadikan pengajaran yang mendidik hati.
Seterusnya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam Negeri, Badan-Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan rakan-rakan di Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GIC) atas komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Bahagian Integriti dan Governans (BIGoNS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam merealisasikan inisiatif-inisiatif pembudayaan integriti, pemerkasaan usaha-usaha antirasuah dan pemantapan governans dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat negeri Sabah. Sinergi dan iltizam yang dimanifestasi ini akan menjadi pemangkin kepada pembudayaan dan penjiwaan integriti di negeri Sabah pada hari ini dan masa depan.
Tahun 2022 merupakan tahun yang mencabar bagi BIGoNS dalam memastikan usaha-usaha pembudayaan integriti sektor awam negeri dapat dilaksanakan dan mencapai objektif yang ditetapkan. Berdasarkan rumusan dan pencapaian tahun 2022, BIGoNS telah melaksanakan 38 program berimpak tinggi dan berjaya mencapai 100%. petunjuk prestasi yang disasarkan. Keberhasilan ini adalah bukti bahawa usaha, sokongan pemegang taruh, kecekalan membuat perubahan dan kerjasama berpasukan merupakan kunci merealisasikan kejayaan.
Momentum kejayaan ini akan diteruskan bagi tahun 2023 dengan memfokuskan kepada pemantapan tadbir urus integriti dan antirasuah melalui penginstitusian dasar dan polisi; melebarkan kumpulan sasar kepada seluruh penjawat awam negeri dan lapisan masyarakat; mempelbagaikan pendekatan yang lebih interaktif, menarik dan berkesan dalam menyuntik penghayatan dan kesedaran membudayakan integriti; serta memanfaatkan teknologi digital yang mesra pengguna dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Justeru, saya menyeru kepada semua pihak agar sentiasa menyokong usaha-usaha pembudayaan integriti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2023 oleh BIGoNS. Pembudayaan integriti adalah komitmen berterusan dan tanggungjawab kita semua.
“Integriti Adalah Jati Diri Kita”
“Kita Adalah Generasi Berintegriti”
“Pembudayaan Integriti Tanggungjawab Bersama”
Sekian dan terima kasih,
Puan Dayang Noorashikhin Zulkefli
Ketua Bahagian Integriti dan Governans Sabah
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
-
Visi, Misi dan Objektif
Visi
Peneraju transformasi agenda integriti dan tadbir urus baik ke arah perkhidmatan awam negeri yang unggul
Misi
Memperkasa transformasi agenda integriti dan tadbir urus baik perkhidmatan awam negeri sabah melalui program integriti yang berkesan dan pengurusan aduan yang cekap ke arah negeri maju.
Objektif
- Memantapkan dan membudayakan integriti dalam kalangan anggota sektor awam negeri secara menyeluruh.
- Memantau dan menyelaras pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang berkaitan dengan perkhidmatan awam negeri.
-
Fungsi Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah
a) Tadbir Urus Baik
- Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri.
- Memantau pelaksanaan Jawatankuasa Antirasuah (JAR) diperingkat Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri.
- Memantau dan menyelaras pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi di Kementerian, Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun Negeri termasuk Jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri.
b) Pengurusan Aduan
- Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua keperluan atau maklumat mengenai salahlaku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
- Memantapkan Sistem Pengurusan Aduan Awam melalui kolaborasi dengan pegawai pengurusan aduan awam di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri.
c) Pengukuhan Integriti
- Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi melalui program “Integrity Checking” di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri.
d) Pengesanan dan Pengesahan
- Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
e) Pematuhan
- Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
-
Perutusan Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah
Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya, Salam Perpaduan dan Salam Integriti.
Pertama, marilah kita bersama-sama memanjatkan kesyukuran atas rahmat dan keberkatan yang dikurniakan oleh Allah SWT sepanjang tahun 2022. Semoga teladan yang baik dijadikan amalan dan ujian yang mencabar dijadikan pengajaran yang mendidik hati.
Seterusnya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota Perkhidmatan Awam Negeri, Badan-Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan rakan-rakan di Syarikat Berkepentingan Kerajaan (GIC) atas komitmen dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Bahagian Integriti dan Governans (BIGoNS), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam merealisasikan inisiatif-inisiatif pembudayaan integriti, pemerkasaan usaha-usaha antirasuah dan pemantapan governans dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat negeri Sabah. Sinergi dan iltizam yang dimanifestasi ini akan menjadi pemangkin kepada pembudayaan dan penjiwaan integriti di negeri Sabah pada hari ini dan masa depan.
Tahun 2022 merupakan tahun yang mencabar bagi BIGoNS dalam memastikan usaha-usaha pembudayaan integriti sektor awam negeri dapat dilaksanakan dan mencapai objektif yang ditetapkan. Berdasarkan rumusan dan pencapaian tahun 2022, BIGoNS telah melaksanakan 38 program berimpak tinggi dan berjaya mencapai 100%. petunjuk prestasi yang disasarkan. Keberhasilan ini adalah bukti bahawa usaha, sokongan pemegang taruh, kecekalan membuat perubahan dan kerjasama berpasukan merupakan kunci merealisasikan kejayaan.
Momentum kejayaan ini akan diteruskan bagi tahun 2023 dengan memfokuskan kepada pemantapan tadbir urus integriti dan antirasuah melalui penginstitusian dasar dan polisi; melebarkan kumpulan sasar kepada seluruh penjawat awam negeri dan lapisan masyarakat; mempelbagaikan pendekatan yang lebih interaktif, menarik dan berkesan dalam menyuntik penghayatan dan kesedaran membudayakan integriti; serta memanfaatkan teknologi digital yang mesra pengguna dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Justeru, saya menyeru kepada semua pihak agar sentiasa menyokong usaha-usaha pembudayaan integriti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2023 oleh BIGoNS. Pembudayaan integriti adalah komitmen berterusan dan tanggungjawab kita semua.
“Integriti Adalah Jati Diri Kita”
“Kita Adalah Generasi Berintegriti”
“Pembudayaan Integriti Tanggungjawab Bersama”
Sekian dan terima kasih,
Puan Dayang Noorashikhin Zulkefli
Ketua Bahagian Integriti dan Governans Sabah
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri -
Visi, Misi dan ObjektifVisi
Peneraju transformasi agenda integriti dan tadbir urus baik ke arah perkhidmatan awam negeri yang unggul
Misi
Memperkasa transformasi agenda integriti dan tadbir urus baik perkhidmatan awam negeri sabah melalui program integriti yang berkesan dan pengurusan aduan yang cekap ke arah negeri maju.
Objektif- Memantapkan dan membudayakan integriti dalam kalangan anggota sektor awam negeri secara menyeluruh.
- Memantau dan menyelaras pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) yang berkaitan dengan perkhidmatan awam negeri.
-
Fungsi Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabaha) Tadbir Urus Baik
- Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri.
- Memantau pelaksanaan Jawatankuasa Antirasuah (JAR) diperingkat Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri.
- Memantau dan menyelaras pelaksanaan Pelan Antirasuah Organisasi di Kementerian, Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun Negeri termasuk Jabatan di bawah Jabatan Ketua Menteri.
b) Pengurusan Aduan- Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua keperluan atau maklumat mengenai salahlaku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
- Memantapkan Sistem Pengurusan Aduan Awam melalui kolaborasi dengan pegawai pengurusan aduan awam di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri.
c) Pengukuhan Integriti- Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi melalui program “Integrity Checking” di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri.
d) Pengesanan dan Pengesahan- Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku serta perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
e) Pematuhan- Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.