Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Pengenalan

Struktur Kerajaan Negeri
Struktur Kerajaan Negeri Sabah
Kerajaan negeri mempunyai dua cabang iaitu eksekutif dan perundangan. Sabah tidak mempunyai cawangan kehakiman kerana federalisasi sistem mahkamah di Malaysia. Walaupun Sabah mempunyai bidang kuasa ke atas Mahkamah Syariah dan Anak Negeri (dan undang-undang masing-masing), kedua-dua mahkamah masih dianggap sebahagian daripada cabang eksekutif negeri.

Struktur Kerajaan Negeri 2022

Penjenamaan Semula: Kerajaan Negeri Sabah melaksanakan penjenamaan semula serta penambahan fungsi beberapa kementerian sebagai langkah memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan keberkesanan tadbir urus pentadbiran negeri menjelang tahun 2026 selepas Pilihan Raya Umum Negeri Sabah pada tahun 2025. Perubahan ini bertujuan memastikan setiap kementerian melaksanakan peranan dengan lebih berkesan dan merangkumi aspek penting pembangunan negeri, melibatkan Kementerian Kerja Raya Sabah yang dinamakan semula sebagai Kementerian Kerja Raya dan Utiliti; Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat kepada Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat; Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan kepada Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi kepada Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi; serta Kementerian Belia dan Sukan kepada Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif. Perubahan ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk memperkemas struktur pentadbiran agar lebih responsif, inklusif dan mampan, dan telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan Sabah 2026 di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 12 Disember 2025.
 
  • Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah

    Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah

    Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah merupakan ketua dan pemerintah bagi Negeri Sabah. Beliau dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Sabah. Menurut Perlembagaan Negeri, Yang di-Pertua Negeri dilantik selama empat tahun. Sebelum ini istilah Gabenor digunakan.

    Yang di-Pertua Negeri menjalankan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Negeri dan membuat keputusan dengan nasihat Kabinet atau Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau juga boleh bertindak atas budi bicaranya dalam melaksanakan beberapa fungsi seperti melantik Ketua Menteri dan menangguh dari memperkenankan permohonan untuk membubarkan Dewan Undangan.

    Persetujuan daripada Yang Di-Pertua Negeri adalah diperlukan bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.

    Sabah tidak mempunyai raja atau sultan. Sebaliknya Yang Di-Pertua Negeri merupakan ahli Majlis Raja-Raja. Setiap mesyuarat yang dihadirinya akan diiringi oleh Ketua Menteri Sabah. Bagaimanapun, Yang Di-Pertua Negeri tidak boleh mengundi untuk memilih Yang Di-Pertuan Agong dan tidak boleh mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja.

    Senarai Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah

    NoFotoNamaTempoh
    1 Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun 1963 – 1965
    2 Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun Tun Datuk Pengiran Haji Ahmad Raffae 1965 – 1973
    3 Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun Tun Datuk Haji Mohd. Fuad Stephens 1973 – 1975
    4 Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun Tun Datuk Mohd Hamdan Abdullah @ Indan Kari 1975 – 1977
    5 Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun Tun Datuk Haji Ahmad Karah 1977 – 1978
    6 Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun Tun Datuk Haji Mohd. Adnan Robert 1978 – 1986
    7 Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun Tun Datuk Haji Mohd. Said bin Keruak 1987 – 1994
    8 Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai 1995 – 2002
    9 Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah 2003 – 2010
    10 Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin 2011 – 2024
    11 Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman 2025 – Kini
  • Dewan Undangan Negeri

    Dewan Undangan Negeri Sabah adalah badan perundangan bagi Kerajaan Negeri Sabah yang melulus dan meminda Undang-Undang Negeri Sabah, memeriksa dasar-dasar Kerajaan Negeri serta meluluskan bajet Kerajaan Negeri Sabah dan cadangan cukai yang baharu.

    Sehingga penggal ke-16, bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah adalah seramai 79 orang. Daripada jumlah itu, 73 ADUN dipilih melalui Pilihan raya (Kerusi Pilihan raya) manakal 6 Orang ADUN Dilantik, mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Sabah (Fasal 14(1)(e)).

    Dibawah Perlembagaan Negeri Sabah, jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah boleh dilantik daripada;
    1. Kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
    2. Seorang ADUN yang bukan ahli Kabinet Negeri (Iaitu bukan Menteri atau Pembantu Menteri) boleh dilantik sebagai Speaker. Ini adalah amalan biasa dalam banyak negeri di Malaysia.
    3. Bukan Ahli Dewan (Orang Luar)
    4. Seseorang yang bukan ADUN juga boleh dilantik sebagai Speaker, asalkan dia layak menjadi ADUN, iaitu;
      i. Warganegara Malaysia
      ii. Berumur tidak kurang daripada 21 Tahun
      iii. Tidak Mempunyai keaiban Undang-undang seperti muflis, sabitan jenayah berat dan sebagainya. Ini diperuntukkan di bawah fasal 21(1) Perlembagaan Negeri Sabah.
    Jika Speaker bukan ADUN, dia tidak mempunyai hak untuk mengundi dalam persidangan DUN, tetapi masih boleh menjalankan semua kuasa sebagai Speaker.
    Seperti di peringkat persekutuan di Malaysia, Sabah menggunakan kerajaan berparlimen gaya Westminster, dalamnya para ahli dipilih ke dalam dewan undangan melalui pilihan raya umum, daripadanya Ketua Menteri dan kabinet dilantik berdasarkan sokongan majoriti. Ketua Menteri ialah ketua kerajaan negeri manakala Yang di-Pertua Negeri bertindak sebagai ketua negeri. Parti terbesar yang tidak membentuk kerajaan negeri dikenali sebagai pembangkang rasmi, pemimpinnya diiktiraf sebagai pemimpin pembangkang oleh speaker.


  • Kabinet Negeri
    Kuasa eksekutif terletak pada Kabinet yang dipimpin oleh Ketua Menteri. Perlembagaan Negeri menetapkan bahawa Ketua Menteri mestilah ahli Dewan Undangan Negeri yang, pada pendapat Yang di-Pertua Negeri, memerintahkan majoriti di Dewan Undangan Negeri. Kabinet dipilih di kalangan anggota Dewan Undangan Negeri dan bertanggungjawab ke badan itu. Cabang eksekutif kerajaan terdiri daripada Ketua Menteri sebagai ketua kerajaan, diikuti oleh berbagai menteri Kabinet.
  • Setiausaha Kerajaan Negeri
    Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) diwujudkan mengikut punca kuasa perkara 11. (1) dalam perlembagaan Negeri Sabah dan beliau dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Ketua Menteri. Jawatan ini merupakan jawatan yang tertinggi dalam perkhidmatan awam negeri Sabah.

    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Ketua Menteri telah lama wujud semenjak pentadbiran negeri Sabah dibawah Syarikat Berpiagam Borneo Utara (1881 – 1942). Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai urusetia kepada Setiausaha Kerajaan yang merupakan Ketua Pentadbiran Awam membantu Gabenor ketika itu untuk mentadbir Borneo Utara. Pejabat ini merupakan pusat Latihan bagi pegawai-pegawai kadet yang baru dilantik dan juga mengawal beberapa jabatan pada masa itu antaranya:
    1. Pejabat Tanah
    2. Jabatan Buruh
    3. Jabatan Kerja Raya
    4. Jabatan Hutan
    5. Jabatan Keretapi
    6. Pejabat Ukur
    7. Jabatan Perubatan
    8. Jabatan Perbendaharaan
    9. Pejabat Pos
    10. Pejabat Cetak

    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kekal beroperasi sehinggalah masa kini dalam pentadbiran negeri setelah kemerdekaan. Pada akhir tahun 1963, kesemua Jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab langsung kepada Setiausaha Kerajaan telah dipindah ke Kementerian-Kementerian berkenaan dan Setiausaha Kerajaan merangkap Setiausaha Tetap kepada Jabatan Ketua Menteri. Setiausaha Kerajaan sebagai Setiausaha Tetap bagi Jabatan Ketua Menteri, Sabah mempunyai Jabatan, Bahagian dan Unit sokongan iaitu:

    1. Pejabat Ketua Menteri;
    2. Pejabat Pembantu-Pembantu Menteri;
    3. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri;
    4. Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri;
    5. Pejabat Hasil Bumi;
    6. Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan;
    7. Bahagian Istiadat dan Protokol;
    8. Pejabat Perhubungan Negeri Sabah, Kuala Lumpur;
    9. Pejabat Akhbar dan Penerbitan;
    10. Bahagian Pengurusan dan Kewangan;
    11. Bahagian Kabinet dan Dasar;
    12. Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat;
    13. Unit Perancangan Ekonomi Negeri;
    14. Jabatan Peguam Besar Negeri;
    15. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri;
    16. Jabatan Perhutanan Sabah dan
    17. Jabatan Tanah dan Ukur
    18. Jabatan Cetak Kerajaan
    19. Jabatan Arkib Negeri Sabah
    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Ketua Menteri merupakan pejabat sekretariat yang diamanahkan untuk menjaga rekod dan mengendalikan hal ehwal kesetiausahaan bagi pihak Setiausaha Kerajaan Negeri.
  • Kementerian dan Jabatan Utama
BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps