Sistem iMeet merupakan sistem tempahan janji temu bagi individu atau rombongan untuk membuat kunjungan atau bertemu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah atau Pembantu Setiausaha Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu.
Permohonan untuk janji temu ini adalah tertakluk kepada tapisan keselamatan, risiko dan budi bicara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) hari daripada tarikh lawatan bagi pelawat tempatan manakala sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum tarikh lawatan bagi pelawat luar negeri.
Pengesahan janji temu hendaklah dibuat selewat-lewatnya dua (2) hari sebelum tarikh lawatan.Gagal untuk berbuat demikian akan menyebabkan jadual janji temu terbatal dan pemohon hendaklah memohon semula janji temu tersebut.
Permohonan bagi pihak lain adalah sama sekali tidak dibenarkan dan hanya penama yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk membuat lawatan semasa janji temu berlangsung.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penjadualan janji temu, sila hubungi talian bebas tol kami yang beroperasi dari 8:00 pagi hingga 05:00 petang setiap hari kecuali hari kelepasan Am:
Talian Khidmat Pelanggan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Talian 1: 088 369900 Talian 2: 088 369901
Kelulusan dan Kebenaran Lawatan Sila maklum bahawa hanya rombongan atau pelawat yang mempunyai kelulusan dan janji temu sahaja yang akan dibenarkan untuk melakukan lawatan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Aras 28, Menara Kinabalu.
Pengesahan Kehadiran Anda perlu memastikan anda telah membuat pengesahan kehadiran dengan menghubungi kami di talian yang telah disediakan.
Pakaian Semua pelawat yang melawat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah berpakaian sopan dan bersesesuaian.
Pencegahan COVID-19 Sila maklum bahawa rombongan dan pelawat yang telah lengkap dua (2) dos vaksinasi dan tidak menunjukkan sebarang simptom COVID-19 sahaja yang akan dibenarkan untuk melakukan lawatan. Meskipun anda telah diberikan kelulusan untuk lawatan, sekiranya anda terdiri daripada individu yang merupakan:
Kontak Rapat;
Diarah Menjalani Kuarantin; atau
Kontak Kasual dengan Simptom,
anda akan sama sekali akan dihalang daripada meneruskan janji temu tersebut.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Talian: 088-369900 088-369901 Faksimili: 088-211016 Navigasi Google Maps