Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Info Korporat

Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Ceramah Pembudayaan Integriti dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

03 Februari 2023 - Kota Kinabalu: Ceramah Pembudayaan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah diadakan di Shangri-La Tg Aru Kota Kinabalu pada Rabu (01 Feb) lepas.

Seramai 22 kakitangan dari pejabat Mufti menyertai ceramah tersebut yang berlangsung selama satu (1) jam 15 minit.

Penceramah yang diundang khas ialah Encik Mohd Asril bin Sharil, Pegawai Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ceramah ini bertujuan untuk memberi pendedahan langsung mengenai Pembudayaan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Hadir sama, YBhg. Sahibus Samahah Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz bin Haji Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan YBhg. Sahibul Fadhilah Datuk Ustaz Haji Abdul Manap bin Lakariba, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah.
Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps