Sistem Janji Temu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Semua maklumat dipaparkan adalah benar dan betul pada tarikh dan masa ia dipaparkan. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kesulitan atau kerugian yang timbul daripada penggunaan sistem iMeet mahupun akibat masalah teknikal, faktor manusia mahupun bencana alam. Sila pastikan anda menggunakan alamat e-mel yang sah untuk memudahkan notifikasi dihantar terus ke alamat e-mel anda.
Sistem iMeet merupakan sistem tempahan janji temu bagi individu atau rombongan untuk membuat kunjungan atau bertemu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah atau Pembantu Setiausaha Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu.
Permohonan untuk janji temu ini adalah tertakluk kepada tapisan keselamatan, risiko dan budi bicara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.
Permohonan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerja daripada tarikh lawatan bagi pelawat tempatan manakala sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum tarikh lawatan bagi pelawat luar negeri.
Pengesahan janji temu hendaklah dibuat selewat-lewatnya dua (2) hari sebelum tarikh lawatan. Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan jadual janji temu terbatal dan pemohon hendaklah memohon semula janji temu tersebut.
Permohonan bagi pihak lain adalah sama sekali tidak dibenarkan dan hanya penama yang didaftarkan sahaja dibenarkan untuk membuat lawatan semasa janji temu berlangsung.
Sebarang perubahan, pembatalan atau penjadualan semula ke tarikh atau masa yang lain adalah keputusan mutlak.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai penjadualan janji temu, sila hubungi talian bebas tol kami yang beroperasi dari 8:00 pagi hingga 05:00 petang setiap hari kecuali hari kelepasan Am:
Talian Khidmat Pelanggan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Talian 1: 088 369900 Talian 2: 088 369901
Kelulusan dan Kebenaran Lawatan Sila maklum bahawa hanya rombongan atau pelawat yang mempunyai kelulusan dan janji temu sahaja yang akan dibenarkan untuk melakukan lawatan ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Aras 28, Menara Kinabalu.
Pengesahan Kehadiran Anda perlu memastikan anda telah membuat pengesahan kehadiran dengan menghubungi kami di talian yang telah disediakan.
Pakaian Semua pelawat yang melawat ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah berpakaian sopan dan bersesesuaian.
Pencegahan COVID-19 Sila maklum bahawa rombongan dan pelawat yang telah lengkap dua (2) dos vaksinasi dan tidak menunjukkan sebarang simptom COVID-19 sahaja yang akan dibenarkan untuk melakukan lawatan. Meskipun anda telah diberikan kelulusan untuk lawatan, sekiranya anda terdiri daripada individu yang merupakan:
Kontak Rapat;
Diarah Menjalani Kuarantin; atau
Kontak Kasual dengan Simptom,
anda akan sama sekali akan dihalang daripada meneruskan janji temu tersebut.
BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"
Bingkisan Integriti
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia Talian: 088-369900 088-369901 Faksimili: 088-211016 Navigasi Google Maps
Kerajaan Negeri sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat dan telah menyediakan beberapa platform untuk maklum balas dan aduan terhadap perkhidmatan yang disediakan.
Portal ini bertujuan untuk menyediakan titik pusat hubungan kepada orang awam untuk menyalurkan aduan dan ketidakpuasan mengenai jalan berturap negeri Sabah. Call Centre juga berfungsi sebagai pusat maklumat untuk pengedaran status terkini mengenai kecemasan pada Jalan Berturap Negeri Sabah.
Portal ini bertujuan untuk menyediakan titik pusat hubungan kepada orang awam untuk menyalurkan aduan dan ketidakpuasan mengenai perkhidmatan perbekalan kuasa elektrik di negeri Sabah.
Portal ini bertujuan untuk menyediakan titik pusat hubungan kepada orang awam untuk menyalurkan aduan dan ketidakpuasan mengenai perkhidmatan perbekalan air di negeri Sabah.
Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Negeri Sabah (JPP Sabah) merupakan salah satu agensi kerajaan negeri dibawah Kementerian Kerja Raya Negeri Sabah. Pada masa ini JPP Sabah berfungsi dibawah Enakmen Perkhidmatan Pembetungan 2017 bertujuan mengawal selia sisa kumbahan domestik bagi Negeri Sabah.
Portal Aduan Rasmi Kerajaan Negeri Sabah yang dipertanggungjawabkan di bawah Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang bertujuan untuk menyediakan titik pusat hubungan kepada orang awam, kakitangan perkhidmatan awam dan semua pemegang taruh (stakeholders) untuk menyalurkan aduan dan ketidakpuasan mengenai semua penyampaian perkhidmatan di negeri Sabah. Isu salah laku dan tatakelola juga boleh dikemukakan melalui portal ini yang akan ditangani dengan penuh kerahsiaan dan tanggungjawab.
Portal Aduan Rasuah merupakan satu platform bagi orang ramai menyalurkan maklumat berhubung kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ianya dibangunkan khusus bagi membolehkan maklumat diurus dengan lebih cekap, teratur dan telus ke arah meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap pengurusan maklumat di SPRM. Pemberi maklumat yang dikenalpasti dan boleh dihubungi akan dimaklumkan status maklumat yang mereka kemukakan melalui sistem ini.
Anda akan keluar dari laman web kami dengan mengklik pautan ini. Kami ingin mengingatkan anda bahawa laman web luar mungkin mempunyai polisi dan kandungan yang berbeza.
Dalam memastikan maklumat yang disediakan adalah berkualiti dan sentiasa dikemaskini, kami sedang melaksanakan pengemaskinian pada pautan ini. Sila cuba lagi dalam masa terdekat.
Kotak mesej ini akan ditutup dalam 10 Saat
Refresh Page
Kandungan akan dimuatkan semula
Paparan dimuatkan semula (refresh) selepas mesej ini dipaparkan. Ciri ini akan mengemaskini paparan sekiranya terdapat kemaskini terbaru.
Sila bersedia, kandungan dimuatkan semula!
Maklum Balas atau Aduan
Sila buat pilihan
Bagi memudahkan penyaluran maklumat dan komunikasi yang berkesan, sila buat pilihan dari menu disediakan ini
Maklum Balas
Buat Aduan
Pilihan Bahasa
Sila buat pilihan terjemahan untuk kandungan portal ini:
Pemakluman Penggunaan Sila maklum bahawa kandungan asal adalah dalam Bahasa Malaysia dan terjemahan secara automatik akan dibuat berdasarkan bahasa pilihan di peranti anda. Terjemahan kepada bahasa lain mungkin menyebabkan kelainan paparan dan perkataan yang dialih bahasa
🎶 Kurator Kandungan AI
Sila buat pilihan kandungan dan Bayu AI akan menjana kandungan untuk anda
Select a genre to play
🔀 Shuffle Mode
🌟 Petikan Hari Ini
Pergerakan Kakitangan
Pergerakan dan Keberadaan Kakitangan
Anda tidak ada kebenaran untuk melihat kandungan ini.