Polisi Integriti dan Antirasuah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Polisi Integriti Perkhidmatan Awam Negeri Sabah menetapkan komitmen tinggi terhadap budaya kerja yang berteraskan kejujuran, akauntabiliti dan profesionalisme. Setiap penjawat awam bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas dengan telus, adil dan beretika demi menjaga kepentingan rakyat serta meningkatkan kepercayaan terhadap institusi kerajaan. Polisi ini juga menyokong usaha pencegahan rasuah dan penyelewengan melalui pematuhan undang-undang serta nilai-nilai integriti dalam setiap tindakan dan keputusan dengan memegang enam (6) pelan tindakan seperti yang berikut:
- Tidak melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah, salah guna kuasa atau penyelewangan sama ada secara langsung atau tidak langsung.
- Menolak segala bentuk tawaran rasuah dan melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan seberapa segera.
- Menutup ruang dan peluang yang terdedah kepada amalan rasuah dalam semua urusan.
- Memupuk amalan integriti dan membudayakan nilai-nilai antirasuah dalam pelaksanaan tugas.
- Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba melanggar undang-undang dan peraturan serta terhadap mereka yang cuba mengugat integriti dan imej jabatan.
- Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak dalam memerangi sebarang perlakuan jenayah rasuah, salah guna kuasa atau penyelewangan.