Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

YB Datuk K.Y. Mustapha

YB Datuk K.Y. Mustapha

SKN SabahYB Datuk K.Y. Mustapha

Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Tempoh berkhidmat: Mei 2000 - 02 Julai 2007

Datuk K.Y. Mustafa merupakan mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang berasal dari Tawau (tetapi dilahirkan di Sandakan) yang berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah ketujuh dari tahun 2000 hingga 2007 dan beliau bergiat aktif dalam sektor korporat dan pendidikan. Beliau dilahirkan pada 3 Julai 1948 di Tanah Merah, Sandakan. Beliau merupakan anak kepada Kee Yusof Abu Bakar dan Halimah Jaafar, sepasang suami isteri yang berasal dari Tawau serta berketurunan Suluk.

Pendidikan
Beliau merupakan salah seorang graduan Universiti Malaya dan memiliki sarjana muda seni antropologi dan sosiologi pada tahun 1974.


Kerjaya
Selepas tamat pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, beliau memulakan kerjayanya sebagai penjawat awam dengan menjawat jawatan sebagai seorang Pegawai Eksekutif di Bahagian Perkhidmatan Pejabat Penubuhan, Jabatan Ketua Menteri Sabah bermula dari tahun 1974 hingga 1982.

Setelah 8 tahun berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif di Bahagian Perkhidmatan Pejabat Penubuhan, Jabatan Ketua Menteri Sabah, beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah bermula pada 1 Jun 1982 hingga 1984.

Seterusnya, dari tahun 1984 hingga 1986, beliau telah dipinjamkan ke Sabah Gas Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Bahagian Sumber Manusia dan dilantik sebagai Pengurus Kanan (Pentadbiran) Sabah Gas Sdn. Bhd. dari tahun 1986 hingga 1992.

Pada tahun 1992, beliau dipindahkan kembali ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan berkhidmat di beberapa jabatan kerajaan negeri Sabah. Dari tahun 1994 hingga 1996, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kabinet Dan Dasar Jabatan Ketua Menteri Sabah.

Di samping itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah bermula dari tahun 1996 hinnga 1998. Kemudian, beliau diberi tanggungjawab untuk menjawat Jawatan sebagai Pengarah Unit Sains Dan Teknologi di Jabatan Ketua Menteri Sabah bermula dari tahun 1998 hingga Februari 2000. Beliau juga merupakan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah yang paling singkat tempoh berkhidmat dalam sejarah negeri Sabah dari Februari hingga ke April 2000.

Kemudian, beliau telah diberi tanggungjawab dan amanat untuk menggalas jawatan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah untuk tempoh lapan tahun dua bulan bermula dari awal bulan Mei 2000 sehingga 2 Julai 2007 (iaitu bersara wajib ketika berusia 60 tahun pada hari kelahirannya yang jatuh pada keesokan harinya iaitu 3 Julai).

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps