Perutusan Tahun 2026

Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat melangkah ke Tahun Baru 2026 dengan tekad dan semangat yang jitu.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh penjawat awam negeri atas komitmen dan dedikasi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan sepanjang tahun 2025 yang lalu.
Melangkah ke tahun 2026, saya menyeru agar semua penjawat awam negeri terus memperkukuh integriti, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memanfaatkan pendigitalan dan inovasi dalam tadbir urus demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.
Marilah kita terus bekerja sebagai satu pasukan dengan semangat profesionalisme dan kebersamaan bagi memastikan setiap dasar dan inisiatif Kerajaan Negeri dilaksanakan dengan berkesan selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
Semoga tahun 2026 akan membawa kemajuan, kestabilan dan kejayaan berterusan kepada negeri Sabah dan seluruh rakyatnya.
YB DATUK SERI PANGLIMA Sr. HAJI SAFAR BIN UNTONG, JP.
Setiausaha Kerajaan Negeri
01 Januari 2026
Muat Turun Versi PDF | Muat Turun Versi Grafik (PNG)
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah




