Infrastruktur Jalan Raya
Jabatan Kerja Raya diberi tanggungjawab untuk merancang, menyedia, dan melaksanakan pembangunan kemudahan awam dan infrastruktur selaras dengan keperluan pembangunan negara. Keperluan teknikal yang kompleks memerlukan JKR untuk menyediakan perkhidmatan profesional yang berkualiti tinggi dalam aspek perancangan, reka bentuk, pelaksanaan, dan pengurusan setiap projek dan program. Untuk mencapai objektif ini, JKR berusaha memastikan bahawa semua projek dan program dapat dilaksanakan dalam tempoh masa yang singkat, kos yang berpatutan dengan kualiti dan fungsi yang terbaik serta berkesan.