Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Peluang Penajaan dan Bantuan Pendidikan

Peluang Penajaan dan Bantuan Pendidikan

Peluang Penajaan dan Bantuan Pendidikan

Peluang Penajaan Pendidikan
Berikut merupakan peluang penajaan dan bantuan pendidikan yang boleh dipohon berdasarkan tahap pendidikan yang sedang diikuti

STPMSelepas SPM

Peluang Penajaan Pendidikan Selepas SPM
Lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat berpeluang untuk mendapatkan penajaan berbentuk biasiswa/pinjaman pendidikan/bantuan kewangan daripada institusi kerajaan, syarikat korporat, yayasan, universiti dan lain-lain entiti.

TVETProgram TVET
Bantuan kewangan untuk Program TVET
Lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat berpeluang untuk mendapatkan penajaan berbentuk biasiswa/pinjaman pendidikan/bantuan kewangan daripada institusi kerajaan, syarikat korporat, yayasan, universiti dan lain-lain entiti.

  • Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
    • Menyertai program latihan kemahiran yang dibiayai oleh PTPK
    • Mempunyai sijil kelulusan SPM atau setaraf
    • Berumur 16 tahun ke atas dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan
    • Memiliki keupayaan fizikal dan mental untuk menyertai program latihan yang dipilih
    • Tidak sedang mengikuti program latihan kemahiran di mana-mana institusi latihan kemahiran atau universiti
    • Tidak pernah dipenjara atau didakwa di mahkamah dengan kesalahan jenayah
    • Tidak mempunyai sebarang hutang dengan mana-mana agensi kerajaan atau pihak bank
    • Tidak mempunyai sebarang penyakit berjangkit atau kronik yang boleh mengganggu proses pembelajaran
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

  • Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
    • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia
    • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil)
    • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
    • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)
    • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
    • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program
  • Bantuan Pinjaman Pendidikan Tinggi MARA

    Di institusi berikut:

    • Institut Kemahiran MARA (IKM)
    • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
    • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
    • GIATMARA

    Yuran pengajian ditanggung oleh pihak MARA

    German-Malaysian Institute (GMI):

    • Pelajar bumiputera boleh mendapat pinjaman dari pihak MARA
    • Pelajar bukan bumiputera boleh mendapatkan pinjaman dari PTPTN

    Maklumat lanjut boleh didapati di Portal TVET MARA

STPMSelepas STPM/ Diploma/Setaraf
Peluang Penajaan Pendidikan Selepas STPM/ Diploma/Setaraf
Lepasan STPM/ Diploma/ Setaraf yang layak dan memenuhi syarat berpeluang untuk mendapatkan penajaan berbentuk biasiswa/pinjaman pendidikan/bantuan kewangan daripada institusi kerajaan, syarikat korporat, yayasan, universiti dan lain-lain entity untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana Muda.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps