Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Peluang Pendidikan TVET

Peluang Pendidikan TVET

STPM Peluang Pendidikan TVET

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau dikenali sebagai TVET merupakan pendidikan dan latihan yang berfokus kepada amalan industri dengan tujuan menghasilkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang tertentu berdasarkan piawai yang telah ditetap oleh agensi.

Bidang TVET menyediakan banyak peluang pekerjaan dengan gaji yang menarik. Menurut kajian, kadar kebolehpasaran graduan TVET sentiasa melebihi 95%. TVET juga membuka peluang kepada graduan untuk bekerja sendiri dan mencipta peluang pekerjaan baharu dengan kemahiran yang diperolehi.

Sijil yang dikeluarkan oleh TVET adalah diiktiraf berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan NOSS (National Occupational Skills Standards), standard COPTPA (Code of Practice TVET Program Accreditation) di bawah MQA dan pensijilan lain yang dikeluarkan oleh beberapa agensi pensijilan (seperti: CIDB, Suruhanjaya Tenaga) dengan penekanan pada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri bagi memastikan pelajar yang diambil memenuhi pasaran pekerjaan negara.


  • Laluan Pendidikan Untuk TVET

    Laluan pendidikan untuk pelajar TVET terdapat di dalam dokumen Dasar TVET Negara 2030. Dasar TVET Negara 2030 merupakan garis panduan komprehensif untuk pelaksanaan TVET di Malaysia bagi melahirkan pekerja berkemahiran dengan berpendapatan tinggi. Dapatkan maklumat lanjut berkaitan Dasar TVET Negara 2023.

    MTVET

  • Permohonan Program TVET

    Proses pengambilan pelajar baharu ke institusi-institusi TVET di bawah 12 kementerian telah diselaraskan di bawah satu saluran utama iaitu UP_TVET. Permohonan kemasukan program/kursus jangka panjang TVET bagi Pengambilan Perdana dibuka 2 kali setahun iaitu:

    • Ambilan Januari
    • Ambilan Julai (selepas keputusan SPM dikeluarkan).

    Permohonan boleh dibuat melalui UP_TVET

    Maklumat lanjut berkaitan TVET di Portal TVET Madani.

  • Senarai Institusi dan Kursus TVET

    Sebanyak 685 institusi awam di bawah 12 kementerian menawarkan pelbagai program/kursus TVET di peringkat sijil, diploma dan ijazah.

    Carian institusi TVET dan maklumat berkaitan program/kursus yang ditawarkan boleh dibuat melalui pautan berikut:


Bantuan Kewangan
Bantuan kewangan untuk Program TVET turut disediakan oleh agensi dengan syarat-syarat berikut:

  • Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
    • Menyertai program latihan kemahiran yang dibiayai oleh PTPK
    • Mempunyai sijil kelulusan SPM atau setaraf
    • Berumur 16 tahun ke atas dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan
    • Memiliki keupayaan fizikal dan mental untuk menyertai program latihan yang dipilih
    • Tidak sedang mengikuti program latihan kemahiran di mana-mana institusi latihan kemahiran atau universiti
    • Tidak pernah dipenjara atau didakwa di mahkamah dengan kesalahan jenayah
    • Tidak mempunyai sebarang hutang dengan mana-mana agensi kerajaan atau pihak bank
    • Tidak mempunyai sebarang penyakit berjangkit atau kronik yang boleh mengganggu proses pembelajaran
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
    • Menyertai program latihan kemahiran yang dibiayai oleh PTPK
    • Mempunyai sijil kelulusan SPM atau setaraf
    • Berumur 16 tahun ke atas dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan
    • Memiliki keupayaan fizikal dan mental untuk menyertai program latihan yang dipilih
    • Tidak sedang mengikuti program latihan kemahiran di mana-mana institusi latihan kemahiran atau universiti
    • Tidak pernah dipenjara atau didakwa di mahkamah dengan kesalahan jenayah
    • Tidak mempunyai sebarang hutang dengan mana-mana agensi kerajaan atau pihak bank
    • Tidak mempunyai sebarang penyakit berjangkit atau kronik yang boleh mengganggu proses pembelajaran
  • Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
    • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia
    • BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil)
    • Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
    • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)
    • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
    • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program
  • Bantuan Pinjaman Pendidikan Tinggi MARA

    Di institusi berikut:

    • Institut Kemahiran MARA (IKM)
    • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
    • MARA Japan Industrial Institute (MJII)
    • GIATMARA

    Yuran pengajian ditanggung oleh pihak MARA

    German-Malaysian Institute (GMI):

    • Pelajar bumiputera boleh mendapat pinjaman dari pihak MARA
    • Pelajar bukan bumiputera boleh mendapatkan pinjaman dari PTPTN

    Maklumat lanjut boleh didapati di Portal TVET MARA

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps