Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Ketahui Kerjaya Yang Sesuai Untuk Anda

Ketahui Kerjaya Yang Sesuai Untuk Anda

Ketahui Kerjaya Sesuai Anda

Selepas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), apabila anda mengambil keputusan untuk menyambung pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi, anda perlu memilih bidang pengajian yang menjurus kepada kerjaya. Namun, terdapat kemungkinan di mana bidang pengajian/kerjaya yang dipilih tidak bersesuaian dengan keperibadian dan minat anda, seterusnya boleh menjejaskan prestasi pengajian dan kepuasan kerja kelak.

Ujian profiling kerjaya boleh membantu mengurangi risiko ini dengan memberikan pandangan yang lebih jelas tentang pilihan karier yang sesuai berdasarkan keperibadian dan minat anda.

e-Profiling KPT merupakan aplikasi yang melaksanakan kesepadanan personaliti individu dengan kerjaya. Aplikasi ini dibangun berasaskan Teori Holland yang diperkenalkan oleh John Lewis Holland. Personaliti individu diukur berdasarkan 6 kriteria iaitu Realistic, Investigative, Artistic, Social, Enterprising, Conventional (RIASEC). Aplikasi ini turut mencadangkan program pengajian yang bersesuaian dengan keputusan ujian ini.

Aplikasi boleh diakses di pautan berikut: eProfiling KPT

Selesai ujian, laporan berkaitan kecenderungan akan dijana berserta cadangan bidang pengajian yang bersesuaian.
Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps