Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Bantuan Kebajikan

Bantuan Kebajikan


Grid Bantuan Kebajikan

  • Bantuan Am
    Bantuan Am Kebajikan

    Kadar
    Minimum RM200 sehingga RM350 sebulan

    Tujuan
    Memberi bantuan kewangan secara pemelegaan sementara kepada individu atau keluarga yang berhadapan dengan kesulitan hidup berpunca dari penyakit, kurang upaya, kematian atau faktor-faktor di luar kawalan; dan memberi sokongan moral mengikut prinsip-prinsip kerja sosial kepada individu atau keluarga yang ditimpa musibah supaya mereka boleh berdikari atau berusaha ke arah memperbaiki kualiti hidup dan mengekalkan keadaan kesejahteraan keluarga dalam masyarakat.

    Syarat Kelayakan Khusus
    • Warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Negeri Sabah;
    • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita semasa; DAN
    • Individu atau keluarga yang tidak berupaya berdikari dan hidup dalam keadaan daif atau miskin; ATAU
    • Pesakit yang disahkan oleh Pegawai Perubatan menghidap penyakit kronik yang serius, memerlukan rawatan lanjut yang kerap sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan, dan tidak berupaya bekerja; ATAU
    • Pesakit mental yang disahkan oleh Pegawai Perubatan atau Psikiatri, dan tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap; ATAU
    • Orang Kurang Upaya berumur 18 tahun ke atas yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan tetap; ATAU
    • Penjaga yang sedang memberi penjagaan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun atau orang dewasa yang berumur 18 tahun ke atas sama ada mempunyai ikatan kekeluargaan atau sebaliknya dari keluarga miskin yang tidak berupaya berdikari dan berada dalam keadaan menghidap penyakit mental, penyakit kronik, OKU atau terlantar; ATAU
    • Balu / Janda / Duda bertanggungan yang terikat dengan anak-anak berumur di bawah 18 tahun atau sehingga tingkatan 6; ATAU
    • Tanggungan banduan yang menanggung anak-anak di bawah umur 18 tahun atau sehingga tingkatan 6.
  • Bantuan Anak Yatim
    Bantuan Anak Yatim

    Kadar
    RM200 sehingga RM500 sebulan

    Tujuan
    Untuk membantu kanak-kanak / anak yatim piatu / anak yatim / anak miskin dan berkeperluan supaya mereka mendapat penjagaan serta perlindungan yang sepatutnya agar kesejahteraan dan aktiviti pembelajaran / kehidupan harian mereka dalam masyarakat tidak terjejas.

    Syarat Kelayakan Khusus
    • Warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Negeri Sabah;
    • Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita semasa; DAN
    • Ibu atau bapa atau penjaga kepada anak yatim / yatim-piatu / kanak-kanak daripada keluarga miskin dan berkeperluan; ATAU
    • Anak yatim / yatim-piatu / kanak-kanak daripada keluarga miskin dan berkeperluan; ATAU
    • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kebenaran oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.

  • Bantuan Warga Emas
    Bantuan Warga Emas

    Kadar
    RM500 sebulan seorang

    Tujuan
    Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

    Syarat Kelayakan Khusus
    • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan
    • Warga emas yang bukan tinggal di :Institusi kendalian JKM; ATAU
    • Pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma; ATAU
    • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
  • Bantuan Kanak-Kanak
    Bantuan Kanak-Kanak

    Kadar
    Minimum RM500 Sebulan Sehingga Maksimum RM1000 Sebulan

    Tujuan
    • Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
    • Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
    Syarat Kelayakan Khusus
    • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    • Keluarga / penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
    • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
    • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
  • Bantuan Penjagaan OKU / Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
    Bantuan Penjagaan OKU / Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)

    Kadar
    RM500 sebulan seorang

    Tujuan
    • Meringankan bebanan keluarga/ penjaga
    • Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.
    Syarat Kelayakan Khusus
    • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    • Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan;
    • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000; ATAU
    • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.
  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
    Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)

    Kadar
    RM450 sebulan seorang

    Tujuan

    Insentif ini diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

    Syarat Kelayakan Khusus
    • Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
    • Berumur 16 tahun dan ke atas;
    • Pemegang kad OKU JKM;
    • Pendapatan bulanan RM 1,200.00 dan ke bawah; ATAU
    • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja
    Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja

    Kadar
    RM300 sebulan seorang

    Tujuan
    Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

    Syarat Kelayakan Khusus
    • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    • Berumur 16 tahun dan ke atas;
    • Pemegang Kad OKU JKM;
    • Tidak berupaya bekerja.
    • Pemohon bukan penghuni / pelatih Institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian / berkediaman yang menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma; atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
    • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa; ATAU
    • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

    Nota: Sumber kewangan seperti pencen/PERKESO/bantuan dan lain-lain.

  • Bantuan Segera
    Bantuan Segera

    Kadar
    Maksima : RM300 (diberikan sekali sahaja untuk setiap individu/keluarga)

    Tujuan
    Bantuan diberikan kepada kes-kes yang memerlukan bantuan secara segera / serta merta khususnya untuk tujuan pembelian makanan. Bantuan segera yang diuruskan melalui Unit Khidmat Penyayang semasa lawatan ke rumah.

    Syarat Kelayakan Khusus
    • Individu / keluarga yang berkeperluan dan tidak berkemampuan.
    • Kes memerlukan bantuan serta-merta / segera
  • Bantuan Anak Pelihara
    Bantuan Anak Pelihara

    Kadar
    RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.

    Tujuan
    • Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim / yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
    • Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

    Syarat Kelayakan Khusus

    Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut :
    • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
    • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
    • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
    Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
    • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
    • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
  • Bantuan Latihan Perintis
     
    Bantuan Latihan Perintis

    Kadar
    Minimum RM200 Seorang

    Tujuan

    Membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

    Syarat Kelayakan

    1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
    3. Kes-kes seliaan akhlak; atau
    4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat;

      Nota: Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan.
     Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan.

    Cara Permohonan
    Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

    Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

    Borang Yang Berkaitan
    JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
    JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
  • Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas
    Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas

    Kadar
    • Maksimum RM20,000.00 untuk kes kematian atau kehilangan keupayaan kekal.
    • Bagi kes hilang upaya sebahagian, kadar bantuan ditentukan berdasarkan peratusan kategori kecederaan.
    Tujuan
    Membantu meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa serangan binatang buas.
  • Bantuan Mangsa Bencana
    Bantuan Mangsa Bencana

    Kadar
    • Minimum RM500.00 sebulan;
    • Maksimum RM3,000.00 satu kes
    Tujuan
    Tujuan Bantuan Tabung Rayuan & Derma-Derma adalah untuk membantu individu atau keluarga yang menghadapi musibah akibat terlibat dengan bencana. Bantuan yang diberikan adalah berkonsepkan "pemelegaan" dan bukan sebagai suatu sumber pergantungan.
    Kumpulan Sasar
    Mangsa Bencana bermaksud individu atau keluarga yang terlibat secara langsung dengan bencana dan tinggal tetap dalam zon bencana.
    Jenis-Jenis Bencana
    • Kebakaran
    • Angin Ribut
    • Banjir
    • Tanggungan Mangsa Penculikan
    • Kemalangan Industri dan Jentera
    • Gelombang Merah (Red Tide)
    • Ombak Besar
    • Tanah Runtuh
    • Wabak Penyakit
    • Petir
    • Letupan Bom
    • Tragedi Kapal/Perahu/Bot yang melibatkan nyawa manusia
    • Bangunan Runtuh
    • Gempa Bumi
    • Kemarau
    • Kejadian yang ditafsirkan oleh Kerajaan sebagai bencana
    Bantuan kepada Kes-Kes Umum
    • Kos rawatan / pembedahan dan alat bantu.
    • Tambang pengangkutan udara, laut dan darat bagi kes-kes terkandas dalam Malaysia.
    • Pengangkutan jenazah dari Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak ke Negeri Sabah.
    • Kes-kes terdampar dalam Malaysia yang melibatkan kehabisan belanja semasa dalam perjalanan.
    Syarat Kelayakan
    • Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah.
    • Golongan miskin dan daif
    • Tiada sumber pendapatan
    Cara Memohon
    Permohonan hendaklah dibuat di Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Bahagian atau Daerah yang berdekatan.


Kaedah Permohonan

Permohonan boleh dibuat di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah Bahagian atau Daerah yang berdekatan atau dengan melayari Sistem Perkhidmatan Bantuan Kebajikan.

Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh diajukan kepada

Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah
Tingkat 6 & 8, Blok B, Wisma MUIS
88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Talian Telefon: 088-255133
Faksimile: 088-224983
BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps