Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Pembangunan Komuniti

Pembangunan Komuniti

Pembangunan Komuniti


Grid Pembangunan Komuniti

  • Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)
     
    Bantuan Kewangan Kerajaan Kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK)


    Tujuan
    Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat melalui Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memberi Bantuan Kewangan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang memberikan perkhidmatan penjagaan, perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar JKM iaitu Warga Emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan Kanak-Kanak. Tujuan pemberian bantuan ini adalah untuk menampung sebahagian kos yang ditanggung oleh PSK dalam menyediakan perkhidmatan kepada kumpulan sasar JKM.


    Jenis-Jenis Bantuan Ditawarkan

    Geran Pentadbiran

    Bantuan Geran Pentadbiran
    Bantuan bagi menampung kos pentadbiran PSK Kebangsaan dan Negeri seperti sewaan premis, utiliti dan saguhati sukarelawan (bahagian pentadbiran).

    Geran Rangsum

    Bantuan Geran Rangsum
    Bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi menampung sebahagian kos perbelanjaan makan dan minum penghuni.


    Geran Pembaikan

    Bantuan Geran Pembaikan
    Bantuan yang diberikan kepada PSK untuk membaik pulih premis yang menjejaskan perjalanan pentadbiran dan aktiviti PSK yang menjalankan Pusat Jagaan Harian dan Berkediaman.


    Elaun Khas Murid OKU

    Elaun Khas Murid OKU
    Bantuan bulanan yang diberikan kepada OKU yang mengikuti program pemulihan di Sekolah Pendidikan Khas kelolaan PSK dengan syarat-syarat berikut:
    1. OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
    2. Mengikuti program pemulihan di Sekolah Pendidikan Khas kendalian PSK yang mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran dari Jabatan Pelajaran Malaysia;
    3. Mengikuti program pemulihan OKU sekurang-kurangnya 3 jam sehari dan 3 kali seminggu;
    4. OKU berumur tidak lebih dari 19 tahun; dan
    5. OKU yang hadir program akademik, ADL, terapi, intervensi awal, vokasional, pemulihan anggota, carakerja dan latihan transisi.


    Prosedur Permohonan Bantuan Kewangan Kerajaan kepada PSK

    Borang Permohonan

    Borang Permohonan
    Permohonan Bantuan Kewangan Kerajaan kepada PSK perlu di buat oleh PSK dengan menggunakan Borang Permohonan Bantuan Kewangan kepada PSK (JKM/PK/PSK1/2013) (Klik Untuk Muat Turun Borang)

    Dokumen Sokongan Diperlukan

    Dokumen Sokongan Diperlukan
    Dokumen yang diperlukan bagi pertimbangan bantuan geran adalah seperti berikut:
    1. Penyata Kewangan Beraudit bagi satu tahun sebelumnya yang diaudit oleh Juruaudit Bertauliah;
    2. Salinan Penyata Bank terkini bagi akauan yang dibuka untuk bantuan kewangan kerajaan;
    3. Salinan Laporan Kewangan yang terperinci termasuk debit dan kredit bagi perbelanjaan Bantuan Kewangan Kerajaan yang diterima pada tahun sebelum;
    4. Anggaran perbelanjaan bagi tahun semasa;
    5. Salinan Perlembagaan Pertubuhan/Sijil Pendaftaran dengan Undang-Undang Tubuh yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan/Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
    6. Salinan Perlembagaan Pertubuhan/Memorandum Of Articles (MOA) yang disahkan Pendaftar Pertubuhan/ SSM;
    7. Laporan aktiviti dan program (bertulis dan bergambar) yang dijalankan;
    8. Perakuan Pendaftaran Pusat Jagaan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993;
    9. Salinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Pelajaran bagi PSK yang mengendalikan Sekolah Pendidikan Khas;
    10. Senarai Maklumat penghuni bagi PSK yang menyediakan Pusat Jagaan Berkediaman;
    11. Senarai maklumat pelatih yang datang secara harian;
    12. Jadual operasi bagi Pusat Jagaan Harian;
    13. Rekod kehadiran pelatih bagi PSK yang menyediakan Pusat Jagaan Harian dan Sekolah Pendidikan Khas;
    14. Maklumat sukarelawan;
    15. Laporan kerosakan bergambar berkaitan premis (bagi permohonan geran pembaikan;
    16. Sebutharga pembaikan yang dikeluarkan oleh Agensi teknikal kerajaan atau kontraktor yang dilantik oleh agensi teknikal kerajaan;
    17. Bukti pemulangan wang baki atau lebihan geran
    18. Salinan dokumen yang membuktikan premis milik PSK atau disewa; dan
    19. Dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan mengikut jenis Bantuan Kewangan Kerajaan
     
    Penghantaran Permohonan

    Penghantaran Permohonan
    Borang permohonan dengan dokumen sokongan yang lengkap dihantar ke pejabat kebajikan masyarakat daerah berhampiran.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps