Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Pembangunan Wanita

Pembangunan Wanita


Grid Pembangunan Wanita


Pembangunan dan Bantuan Wanita oleh Kerajaan Negeri

  • Pendaftaran Ibu Tunggal
    Pendaftaran Ibu Tunggal

    Ibu Tunggal adalah dialu-alukan untuk mendaftar secara online di dalam Sistem Maklumat Wanita di pautan ini https://wise.sabah.gov.my
     
    Berikut adalah kategori Ibu Tunggal dan dokumen sokongan yang diperlukan untuk pengesahan status;
    1. Balu (kematian suami) - Sijil Mati Suami dan Sijil Kahwin / Sijil Lahir Anak
    2. Penceraian - Sijil Penceraian
    3. Ditinggalkan / Diabaikan suami tanpa nafkah - Surat Akuan Ibu Tunggal yang ditandatangan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah
    4. Tidak berkahwin dan mempunyai anak / anak angkat - Surat Akuan Ibu Tunggal yang ditandatangan oleh Ketua Kampung / Ketua Anak Negeri / Pegawai Daerah dan Sijil Lahir Anak / Surat Pengangkatan Anak
    5. Mempunyai suami sakit uzur (tidak boleh bekerja) - Sijil Kahwin dan Surat Akuan Suami Sakit uzur daripada Hospital Kerajaan
     
    Sila muat naik lampiran No. Kad Pengenalan Ibu Tunggal (Muka depan dan belakang) dan dokumen sokongan kategori Ibu Tunggal yang telah dinyatakan di dalam sistem. Pendaftaran tanpa dokumen sokongan tidak akan diproses. Terima kasih atas kerjasama anda.
  • Permohonan Kursus Kemahiran Ibu Tunggal
    Permohonan Kursus Kemahiran Ibu Tunggal

    Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) mengadakan Kursus Kemahiran secara percuma kepada Ibu Tunggal dan Wanita B40.

    Wanita yang berminat bolehlah mendaftar dan kemudian memilih kursus yang hendak dipohon di dalam sistem di pautan ini. https://wise.sabah.gov.my
  • Bantuan Guaman Wanita
    Bantuan Guaman Wanita

    Pusat ini menyediakan perkhidmatan bantuan guaman secara percuma kepada wanita berkaitan kes kekeluargaan Syariah, Sivil dan Adat Negeri. Sila hubungi 088-236110 untuk maklumat lanjut.
  • Rumah Perlindungan Wanita
    Rumah Perlindungan Wanita (RUPAWAN)

    Kerajaan Negeri Sabah menerusi Jabatan Hal Ehwal Wanita telah menyediakan Rumah Perlindungan Wanita (RUPAWAN) yang merupakan tempat perlindungan sementara kepada wanita berusia 18 hingga 45 tahun secara sukarela.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi di talian 010-428 1139 semasa waktu bekerja Isnin - Jumaat (kecuali cuti umum) Jam 8 Pagi - 5 Petang.


Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps