Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP sempena penganugerahan Pingat Johan Bakti Setia oleh YB Dato' Seri Hamzah bin Zainuddin, Menteri Dalam Negeri sempena Sambutan Hari Penjara ke-232 Tahun 2022 di Maktab Penjara Malaysia, Kompleks Penjara Kajang, Selangor pada 22 Mac 2022.
Penganugerahan pingat ini adalah sebagai pengiktirafan tertinggi menteri dan jabatan kepada individu terpilih di atas kesetiaan berbakti dalam sistem pemulihan jabatan. Jasa ini mengangkat maruah kendiri penghuni lantas memartabatkan jabatan. Khidmat bakti menyuntik semangat penghuni untuk mengubah diri demi diasimilasi bersama masyarakat.