Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Perutusan Tahun 2022

Perutusan Tahun 2022

500PX SKN RIGHT HAssalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera,

Selamat Tahun Baru 2022 kepada semua rakan penjawat awam negeri Sabah.  Saya merasa amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana masih diberikan peluang untuk bersama-sama dengan keluarga meraikan tahun 2022.  Saya turut berharap anda semua meraikan tahun baru ini dengan penuh rasa syukur dan gembira bersama keluarga tersayang.

Kita telah melalui pelbagai cabaran dalam menanggani krisis kehidupan masyarakat akibat  COVID-19  sejak bulan Mac 2020 sehinggalah tahun 2021.   Ramai yang kehilangan punca pendapatan, kehilangan ibu bapa atau anak yang merupakan ‘breadwinner’  kepada keluarga.  Begitu juga kepada ‘frontliners’ yang gugur akibat COVID-19.  Saya mengucapkan takziah atas kehilangan yang dihadapi dan turut berdukacita.

Sejak COVID-19 melanda, penjawat awam (frontliners atau bukan frontliners-pentadbiran) bertugas 24/7 memastikan bantuan kepada rakyat Sabah terkesan akibat COVID-19 terlaksana.  Saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas pengorbanan penjawat awam.

Setakat 30 Disember 2021,  sebanyak 1,837 kes COVID-19 dilaporkan melibatkan penjawat awam negeri.  Bagi memastikan keyakinan orang awam apabila berurusan dengan kita dan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat,  96% penjawat awam negeri telah diberikan vaksinasi dan 4% lagi belum divaksinasi akibat isu kesihatan.  Saya amat bersyukur kerana ramai penjawat awam negeri telah menerima vaksin.

Pada 08 November 2021 Negeri Sabah telah beralih ke Fasa 4 Pemulihan yang membenarkan semua sektor pekerjaan bertugas seperti biasa termasuklah sektor awam mengikut kapasiti yang ditetapkan dan pematuhan kepada SOP.   Sebagai peringatan bersama, Virus COVID-19 telah berada di sekeliling kita.  Oleh itu,  saya menasihatkan kepada semua penjawat awam supaya mana-mana program atau aktiviti hendaklah dirancang mengambil kira keadaan semasa dengan lebih efisen dan efektif agar penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas.

Konsep 5As yang diperkenalkan semasa saya mengambil alih sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri pada 04 November 2019 telah menunjukkan peningkatan melalui Inisiatif pendigitalan dalam Perkhidmatan Awam Negeri daripada 106 aplikasi pada tahun 2020 kepada 215 aplikasi pada tahun 2021.  Saya mengharapkan usaha melakukan transformasi ke arah Smart Digital Government dapat direalisasikan bersama-sama dengan rakan-rakan penjawat awam negeri.

Selamat Tinggal 2021 dan Selamat Datang 2022.  Kekalkan momentum  Kerja Berpasukan (Team Work), Kebertanggungjawaban (Responsibility), Komitmen (Commitment) dan Ketabahan (Perseverance) dalam kita mengurus perubahan yang sedang atau bakal berlaku di sekeliling kita.

Kecemerlangan akan terus menjadi keutamaan saya dan saya yakin anda juga akan melakukan perkara yang sama.
 
YB DATUK SERI PANGLIMA Sr. HAJI SAFAR B UNTONG, J.P.
Setiausaha Kerajaan Negeri

01 Januari 2022
BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps