Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Wacana Minda: Merevolusi Sistem Penyampaian Perkhidmatan Melalui AI: Memperkasa Kecekapan dan Kecemerlangan

Wacana Minda: Merevolusi Sistem Penyampaian Perkhidmatan Melalui AI: Memperkasa Kecekapan dan Kecemerlangan

Wacana Minda: Merevolusi Sistem Penyampaian Perkhidmatan Melalui AI: Memperkasa Kecekapan dan Kecemerlangan

11 November 2025 (Selasa), Kota Kinabalu – Konvensyen Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2025 bertemakan “Siaga Futuris” telah berlangsung dengan penuh semangat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu pada pagi tadi.

Antara pengisian utama konvensyen ialah sesi Perkongsian Wacana Minda oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, yang telah menyampaikan pembentangan bertajuk “Merevolusi Sistem Penyampaian Perkhidmatan Melalui AI: Memperkasa Kecekapan dan Kecemerlangan.”

Dalam perkongsian tersebut, YB Setiausaha Kerajaan Negeri menekankan keperluan transformasi digital yang berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Beliau turut menegaskan bahawa adaptasi teknologi bukan sekadar pilihan, tetapi satu keperluan dalam memastikan perkhidmatan kerajaan terus relevan, responsif dan berimpak tinggi kepada rakyat.

Konvensyen ini menjadi platform penting untuk membina kesedaran dan kesiapsiagaan warga perkhidmatan awam negeri dalam menghadapi perubahan landskap pentadbiran masa hadapan, seiring dengan aspirasi Sabah menuju ke arah tadbir urus berinovasi dan berdaya saing global.

Muat Turun Slaid Pembentangan

 FINAL 1 WACANA MINDA REVOLUSI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN 
YB DATUK SERI PANGLIMA Sr. HAJI SAFAR BIN UNTONG, JP.
Setiausaha Kerajaan Negeri

11 November 2025



Muat Turun Versi PDF
BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps