Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Pemakluman Terkini

Makluman Terkini

Pelaksanaan Penggunaan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai Melalui Sistem e-Rawatan di Hospital dan Klinik Kerajaan

Pelaksanaan Penggunaan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai Melalui Sistem e-Rawatan di Hospital dan Klinik Kerajaan
Dimaklumkan bahawa Sistem e-Rawatan telah dibangunkan bagi memudahkan Pegawai mengakses dan mencetak sendiri Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai tanpa mendapatkan tandatangan Ketua Jabatan. Sistem e-Rawatan boleh diakses melalui pautan https://eRawatan.sabah.gov.my dengan menggunakan kata laluan e-cuti. Surat pengesahan diri dan pengakuan pegawai adalah selaras dengan format Borang Jadual Keenam Belas seperti dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008 (PPPANS 2008).

Surat pengesahan diri yang telah dicetak hendaklah dikemukakan kepada pihak hospital sekiranya seseorang pegawai atau ahli keluarga ingin mendapatkan rawatan atau dimasukkan ke wad di hospital atau klinik kerajaan. Panduan  mengenai penggunaan surat pengesahan diri dan pengakuan pegawai melalui sistem e-Rawatan adalah seperti di bawah:

PENGGUNAAN SURAT PENGESAHAN DIRI DAN PENGAKUAN PEGAWAI MELALUI SISTEM E-RAWATAN DI HOSPITAL DAN KLINIK KERAJAAN

  1. Sistem e-Rawatan boleh diakses melalui https://eRawatan.sabah.gov.my dengan menggunakan kata laluan e-cuti.
  2. Pegawai perlu mencetak dan menurunkan tandatangan pada Surat Pengesahan diri dan Pengakuan Pegawai, serta menyediakan salinan seperti berikut:
    1. Salinan pertama hendaklah disimpan oleh pegawai sendiri untuk dikemukakan kepada hospital atau klinik berkenaan semasa pendaftaran untuk mendapatkan rawatan;
    2. Salinan kedua hendaklah diedarkan kepada pejabat/bahagian/unit yang menguruskan gaji pegawai berkenaan untuk memudahkan rujukan dibuat semasa membuat potongan gaji pegawai bagi menjelaskan apa-apa bayaran yang dikenakan oleh hospital atau klinik berkenaan; dan
    3. Salinan ketiga hendaklah disimpan untuk rekod di pejabat pegawai  itu berkhidmat.
Dimaklumkan bahawa penggunaan Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai Melalui Sistem e-Rawatan di Hospital dan Klinik Kerajaan adalah berkuatkuasa pada 11 Julai 2024 dan surat edaran Bilangan JPAN:1000-9/132 KLT.12(32) bertarikh 17 Ogos 2018 adalah dibatalkan.

MUAT TURUN SURAT EDARAN
Surat edaran berkenaan perkara ini boleh dimuat turun di pautan ini.


Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps