Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Pemakluman Terkini

Makluman Terkini

Perjalanan Ke Luar Negara Atas Tujuan Lawatan Rasmi

Perjalanan Ke Luar Negara Atas Tujuan Lawatan Rasmi
Dimaklumkan untuk memastikan lawatan rasmi ke luar negara berdasarkan keutamaan atau kepentingan negeri dan perkhidmatan awam serta mematuhi prinsip value for money, Kerajaan Negeri memutuskan supaya sebarang lawatan rasmi ke luar negara yang melibatkan Ahli Pentadbiran Negeri (APN), penjawat awam negeri dan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Jemaah Menteri.

Permohonan hendaklah disediakan dalam bentuk Kertas Makluman dan dikemukakan kepada Bahagian Kabinet dan Dasar, Jabatan Ketua Menteri sekurang-kurangnya lima (5) hari bekerja sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri bersidang.

Dimaklumkan bahawa Peraturan ini adalah berkuatkuasa pada 10 Jun 2024 sehingga ia dibatalkan.

MUAT TURUN SURAT EDARAN
Surat edaran berkenaan perkara ini boleh dimuat turun di pautan ini.


Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps