Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Pemakluman Terkini

Makluman Terkini

YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Bin Untong Terima Anugerah Digital Leader of The Year 2024

Kota Kinabalu, 20 November 2024 (Rabu) – Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP, telah menerima anugerah berprestij Digital Leader of The Year sempena Malaysia Digital Transformation Awards 2024. Penghargaan ini mengiktiraf kepimpinan beliau yang cemerlang dalam memacu transformasi digital di negeri Sabah.

Majlis penganugerahan yang berlangsung di Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh pemimpin utama industri teknologi, tokoh korporat, dan wakil kerajaan dari seluruh negara. Anugerah tersebut disampaikan sebagai pengiktirafan terhadap usaha beliau memperkasakan infrastruktur digital, memperluaskan capaian teknologi, serta meningkatkan kecekapan pentadbiran melalui inovasi digital.

Di bawah kepimpinan beliau, pelbagai inisiatif digital telah diperkenalkan, termasuk pelancaran Sabah Digital Masterplan, projek peluasan rangkaian internet di kawasan pedalaman, serta peningkatan penggunaan aplikasi digital dalam perkhidmatan awam. Usaha-usaha ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan pentadbiran tetapi juga memberi impak positif kepada rakyat Sabah, terutamanya di kawasan luar bandar.

Malaysia Digital Transformation Awards merupakan platform tahunan yang mengiktiraf organisasi dan individu yang menunjukkan komitmen tinggi terhadap transformasi digital di Malaysia. Anugerah Digital Leader of The Year yang diterima oleh YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong mengukuhkan lagi kedudukan Sabah sebagai peneraju dalam transformasi digital di negara ini.

Anugerah ini telah diterima oleh wakil beliau, Encik Mohd Azry Hairie Abdul Rajak, Penolong Setiausaha Kanan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berikutan sesi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang masih berlangsung pada tarikh yang sama.




BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps