Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Pemakluman Terkini

Makluman Terkini

Bantuan Pendidikan Kerajaan Negeri Sabah (BUDI) Dibuka Bermula 10 Mac 2025

Bantuan Pendidikan Kerajaan Negeri Sabah (BUDI) Dibuka Bermula 10 Mac 2025

Kota Kinabalu, Sabah – Kerajaan Negeri Sabah melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), Jabatan Ketua Menteri telah mengumumkan pembukaan permohonan bagi Bantuan Pendidikan Kerajaan Negeri Sabah (BUDI) bermula 10 Mac 2025 bermula jam 2 petang.

BUDI merupakan inisiatif kerajaan negeri yang diperkenalkan untuk membantu keluarga berpendapatan rendah dan sederhana di Sabah. Bantuan one-off ini akan disalurkan kepada pelajar  sebanyak RM 1,500 bagi Peringkat Pengajian Diploma / Asasi dan Matrikulasi. Manakala RM 2,000 untuk Ijazah Sarjana Muda..


TEMPOH PERMOHONAN DAN SYARAT KELAYAKAN

Permohonan bagi BUDI akan dibuka secara dalam talian melalui portal rasmi Kerajaan Negeri Sabah bermula 10 Mac 2025 jam 2 petang. Pemohon yang berminat perlu memastikan mereka memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

  1. Pelajar adalah warganegara Malaysia berasal daripada Sabah dan berumur tidak lebih dari 25 tahun. Kedua Ibu dan Bapa pemohon atau penjaga adalah golongan B40 atau M40

  2. Pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta pada tahun 2025 sepenuh masa sahaja bagi Kemasukan Kali Pertama ke IPT di seluruh Malaysia dan Luar Negara.
  3. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Surat Beranak (Pemohon & ibu dan bapa), Kad Pengenalan/Sijil Cerai/Sijil Kematian (Pemohon & ibu dan bapa), Slip Gaji ibu dan bapa/Surat Pengesahan Bekerja, Surat Tawaran Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Surat Pengesahan Kemasukan daripada Institusi Pengajian pemohon.

  4. Permohonan yang diluluskan, sumbangan one off akan disalurkan ke akaun SSPN melalui PTPTN.


PROSES PERMOHONAN

Proses permohonan boleh dilakukan dengan mudah melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari portal rasmi BUDI di https://budi.sabah.gov.my/.

  2. Daftar akaun pengguna dengan mengisi maklumat peribadi dan dokumen yang diperlukan.

  3. Isi borang permohonan secara dalam talian.

  4. Serahkan permohonan dan semak permohonan melalui Portal Rasmi BUDI atau Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas), Jabatan Ketua Menteri.



PERTANYAAN LANJUT DAN BANTUAN TEKNIKAL
Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan teknikal, orang ramai boleh menghubungi talian hotline BUDI di 088-369872/088-369164/088-369897/088-369890 atau melayari laman web rasmi BUDI.


BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps