Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Pemakluman Terkini

Makluman Terkini

Pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah Berkuat kuasa 06 Oktober 2025

Pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah Berkuat kuasa 06 Oktober 2025

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah ke-17 yang dijadualkan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor membuat pengumuman pembubaran berkenaan pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Bersama Wakil Rakyat Kerajaan Sabah di Menara Kinabalu, yang merupakan pusat pentadbiran negeri pada pukul 2.54 petang ini.

Pengumuman berkenaan dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

"Dengan perkenan tuan yang terutama Tun, DUN Sabah ke-16 akan dibubarkan berkuat kuasa hari ini, Isnin 06 Oktober 2025. Ini bagi memberi laluan kepada PRU DUN Sabah ke-17 dan memberi kuasa kepada rakyat Sabah menggunakan hak demokrasi mereka untuk menentukan siapa yang akan memimpin mereka.

"Keputusan ini mencerminkan komitmen kami terhadap demokrasi dan proses perlembagaan," katanya pada sidang media berkenaan.

Terdahulu, Hajiji menghadap Tun Musa di Istana Seri Kinabalu dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki pekarangan istana pada 8.51 pagi.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) serta anggota Kabinet Negeri.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Ahli DUN yang dilantik.

 

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps