Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Pemakluman Terkini

Makluman Terkini

Kerajaan Sabah Umum Perubahan Nama dan Fungsi Beberapa Kementerian

Kerajaan Sabah Umum Perubahan Nama dan Fungsi Beberapa Kementerian

Kota Kinabalu, 12 Disember 2025 – Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk membuat perubahan terhadap nama serta penambahan fungsi beberapa kementerian sebagai langkah memperkukuh penyampaian perkhidmatan dan meningkatkan keberkesanan tadbir urus pentadbiran negeri.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, perubahan ini bertujuan memastikan setiap kementerian dapat melaksanakan peranan dengan lebih berkesan serta meliputi aspek-aspek penting pembangunan negeri.

Menurut beliau, antara kementerian yang terlibat ialah:

Senarai Perubahan Nama Kementerian Kerajaan Negeri Sabah

BilNama Asal KementerianNama Baharu Kementerian
1 Kementerian Kerja Raya Sabah Kementerian Kerja Raya dan Utiliti
2 Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
3 Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan
4 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Kementerian Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi
5 Kementerian Belia dan Sukan Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif

Datuk Seri Masidi berkata, perubahan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Sabah dalam menambah baik struktur pentadbiran agar lebih responsif terhadap keperluan semasa, sekali gus menyokong agenda pembangunan negeri secara lebih tersusun, inklusif dan mampan.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Jumaat, 12 Disember 2025.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps