Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  COVID-19  COVID-19

Garis Panduan Kemasukan Antarabangsa Ke Sabah Berkuatkuasa 1 April 2022

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (COVID-19) Sabah mengeluarkan garis panduan kemasukan ke Sabah bagi pengembara antarabangsa yang tiba melalui udara, darat dan laut berkuatkuasa 1 April ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata pengembara antarabangsa yang memasuki Sabah perlu menanggung kos ujian RTK-Antigen yang dilakukan oleh kakitangan kesihatan terlatih sebelum melepasi kawalan Imigresen di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sabah.

Masidi berkata pengembara antarabangsa juga perlu membayar kos pengangkutan ke pusat kuarantin jika perlu.

Mereka juga perlu membayar kos kuarantin bagi mereka yang tidak lengkap divaksin atau yang tidak divaksin dan menanggung semua kos rawatan Covid-19, termasuk kemasukan ke wad hospital bagi pesakit kategori 3 hingga 5.

“Pengembara antarabangsa dikehendaki menjalani ujian RTK Antigen yang dilakukan oleh kakitangan kesihatan terlatih sebelum pelepasan imigresen di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) ke Sabah.

“Ujian air liur RTK sendiri tidak dibenarkan,” kata Masidi, sambil menambah bahawa pengembara bukan rakyat Malaysia mesti membeli insurans Covid-19.

Masidi berkata penumpang transit – rakyat Malaysia dan bukan warga Malaysia dibenarkan meneruskan perjalanan ke Sabah jika ujian RTK-Antigen yang dilakukan oleh kakitangan kesihatan terlatih di PMA pertama, menunjukkan keputusan negatif.

“Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah dikecualikan daripada ujian RT-PCR sebelum berlepas dan ujian RTK-Antigen yang dilakukan oleh kakitangan kesihatan terlatih semasa ketibaan.

“Bagi kanak-kanak dan remaja, 17 tahun ke bawah, mereka dikecualikan daripada menjalani kuarantin tanpa mengira status vaksinasi, melainkan (ujian) positif ketika tiba di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pengembara dari luar negara ke Sabah juga perlu menunjukkan keputusan negatif ujian RT-PCR yang dilakukan 2 hari sebelum berlepas, selain memuat turun, mendaftar dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera.

Pengembara dari luar negara juga perlu melengkapkan deklarasi perjalanan termasuk maklumat vaksinasi melalui MySejahtera menerusi ikon “Traveller”.
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps
X

Keselamatan Akses

Portal ini tidak mendayakan klik kanan dan salinan terhadap sebarang kandungan di dalamnya. Sila hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan berhubung perkara ini.