Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  COVID-19  COVID-19

Prosedur Operasi Standard (SOP) #Reopening Safely

Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (COVID-19) Sabah telah mengambil ketetapan bahawa SOP yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung Prosedur Operasi Standard (SOP) #Reopening Safely oleh Ketua Pengarah Kesihatan berdasarkan Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(Pelan Pemulihan Negara)(Fasa Peralihan ke Endemik) 2022 [P.U.(A) 83/2022] berkuat kuasa 01 April 2022 seperti di Lampiran A juga akan dilaksanakan di negeri Sabah.

Bagi keperluan khusus yang melibatkan Pihak Berkuasa Negeri Sabah, garis panduan / panduan umum akan dikeluarkan dari semasa ke semasa mengambil kira situasi semasa.

Panduan Kemasukan Ke Sabah Bagi Pengembara Antarabangsa Melalui Udara, Darat Dan Laut yang berkuat kuasa 01 April 2022 telah dikeluarkan melalui Kenyataan Media bertarikh 31 Mac 2022.

Manakala Garis Panduan Pelaksanaan SOP Aktiviti Masjid dan Surau Bagi Negeri Sabah 2022 berkuat kuasa 01 April 2022 telah dikeluarkan melalui Kenyataan Media tarikh yang sama.

Semua Prosedur Operasi Standard ini boleh dimuat turun di Portal command.sabah.gov.my
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps
X

Keselamatan Akses

Portal ini tidak mendayakan klik kanan dan salinan terhadap sebarang kandungan di dalamnya. Sila hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan berhubung perkara ini.