Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Merancang Perniagaan

Merancang Perniagaan

Sebelum memulakan perniagaan, perancangan perniagaan sangatlah penting kerana ia akan menentukan halatuju sesuatu perniagaan tersebut. Merancang perniagaan adalah proses menentukan visi, misi dan matlamat dan membentuk tindakan yang diambil untuk mencapai matlamat tersebut. Para usahawan perlu membuat analisis peluang, cabaran, ancaman, kekuatan, kelemahan untuk menentukan matlamat.

Perniagaan ialah aktiviti yang melibatkan urusniaga jual beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual dan pembeli bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dan melibatkan pertukaran nilai bagi mendapatkan keuntungan. Manakala Usahawan mengikut definasi Dewan Bahasa Dan Pustaka adalah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan, pengusaha; keusahawanan (segala-gala) yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan. Kita perlu mencari kaedah-kaedah bagi membantu mempercepat pembangunan pengurusan. Usahawan/bakal usahawan yang ingin menjalankan perniagaan perlu membuat persediaaan rapi dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan perniagaan berkenaan bagi memastikan kejayaan entiti perniagaan tersebut.

  • Mendapatkan Nasihat Pra-Perniagaan

    Para usahawan disarankan untuk mendapatkan ilmu perniagaan secukupnya sebelum melangkah ke alam perniagaan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. 

    Terdapat  beberapa agensi kerajaan yang menyediakan khidmat nasihat kepada bakal usahawan seperti berikut:

    1. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

    Pengenalan

    Skim Khidmat Nasihat Perniagaan merupakan satu kemudahan yang disediakan bagi membantu menyelesaikan masalah atau meningkatkan prestasi dan produktiviti usahawan/syarikat melalui khidmat nasihat yang berkualiti dan berkesan yang dikendalikan oleh panel pemudahcara MARA. Ia bertindak sebagai satu pusat setempat (‘one-stop centre’) yang mempunyai kemahiran pelbagai dalam bidang khidmat nasihat untuk ditawarkan kepada usahawan bumiputera. 

    Skim ini ditumpukan kepada perniagaan persendirian/perkongsian atau syarikat Sendirian Berhad/Berhad atau koperasi bumiputera yang sedang beroperasi. 

    Usahawan yang menjadi sasaran di bawah skim adalah seperti berikut:: 

    1. Usahawan yang mendapat pembiayaan MARA tetapi menghadapi masalah untuk membayar balik pembiayaan. 
    2. Perniagaan persendirian / perkongsian atau syarikat Sendirian Berhad / Berhad bertaraf bumiputera (51% pegangan saham bumiputera). 
    3. Perniagaan sudah beroperasi 6 bulan atau lebih dan mempunyai pendaftaran perniagaan serta mempunyai kebenaran tertentu dalam menjalankan perusahaan. 
    4. Perniagaan mempunyai potensi untuk berkembang dan memerlukan peningkatan dari pelbagai aspek (e.g pemiawaian, proses pengeluaran, pemasaran, dll). 
    5. Usahawan yang boleh memberi komitmen sepenuhnya terhadap program
    6. Perniagaan yang memberikan impak ke atas Pelan Strategik Negara dan memberi ‘spill-over benefit’ ke atas usahawan bumiputera yang lain.
    7. Keutamaan untuk bidang pembuatan yang mampu bersaing di pasaran terbuka

    Sila layari Portal Rasmi MARA untuk muat turun maklumat lanjut.

     

    2.  Perbadanan Usahawan National Berhad (PUNB)

    Khidmat Runding & Pemantauan

    PUNB menawarkan kemudahan khidmat runding untuk operasi pra-perniagaan, penilaian premis/kedai dan lain-lain khidmat nasihat perniagaan. Selain dari itu, PUNB akan memantau prestasi dan akaun syarikat/perniagaan untuk memastikan usahawan menjalankan aktiviti perniagaan mereka di landasan yang betul. 

    Sila layari Laman Rasmi PUNB untuk maklumat lanjut.

     

    3. Hab PKS - Khidmat Nasihat Perniagaan

    SME Corp. Malaysia menyediakan khidmat nasihat perniagaan untuk semua peringkat perniagaan termasuk permulaan perniagaan melalui Hab PKS.

    Sila layari Laman Web Rasmi SME Corp. Malaysia untuk maklumat lanjut.

     

    Ciri-ciri Penting Untuk Menjadi Usahawan Berjaya

    Konsep keusahawanan moden memerlukan lebih daripada idea yang hebat. Usahawan perlu mempunyai personaliti yang unik dan ciri-ciri tertentu dalam sikap, kemahiran dan pengetahuannya. Walaupun tiada sifat khusus yang boleh menentukan anda sebagai seorang usahawan, pengalaman lalu telah menggariskan beberapa ciri umum seorang usahawan yang berjaya. Antara ciriciri tersebut ialah:

    1 . Inisiatif

    Seorang usahawan sangat komited terhadap tugasnya dan tidak mudah menyerah kalah atau mengakui kekalahan. Dia akan melihat kegagalan itu sebagai satu peluang untuk mencapai kejayaan di masa akan datang. Sekiranya dia gagal pada kali pertama, dia akan terus komited untuk mencuba lagi sehingga berjaya. Sikap ini akan memberi kesan positif kepada pekerjanya kerana beliau berjaya menunjukkan contoh kepimpinan dalam menguruskan perniagaan. 

     

    2.  Disiplin Dan Konsisten

    Usahawan yang berdisiplin dan konsisten dalam kerjayanya akan diiktiraf untuk perkhidmatan yang berterusan serta mengambil kira pendapat semua pihak dalam menjalankan perniagaannya.  

     

    3.  Kejujuran Dan Kepercayaan

    Sikap ini akan mewujudkan keyakinan di kalangan pelanggan dan rakan kongsi perniagaan. Perniagaan tersebut akan dianggap sebagai entiti yang boleh dipercayai sekiranya usahawan tersebut meletakkan kepentingan komuniti sebagai keutamaan dan bukan sekadar mengaut keuntungan peribadi semata-mata. 

     

    4.  Berorientasikan Matlamat

    Seorang usahawan perlu menjadi seorang yang strategik dan mempunyai idea yang jelas tentang apa yang beliau perlu untuk mencapai matlamat serta cara untuk mencapainya. Beliau menentukan bagaimana perniagaannya akan mencapai kejayaan serta sanggup untuk menghadapi halangan dan cabaran. 

     

    5 . Kreatif Dan Inovatif

    Seorang usahawan akan mencipta idea-idea baru dan berinovasi secara konsisten untuk pembangunan produk atau perkhidmatan. Beliau juga akan terus berusaha dalam pemasaran bagi memastikan produk atau perkhidmatan itu sampai kepada pengguna di dalam pasaran. 

     

    6 . Bijak Mengambil Peluang

    Seorang usahawan akan berupaya untuk menukarkan situasi di persekitarannya kepada peluang perniagaan. Beliau bukan sahaja mampu menghasilkan satu idea yang bernas, malahan menukar idea tersebut dalam bentuk keuntungan. Beliau juga berupaya untuk melihat persekitarannya dengan jelas dan menukarkannya untuk memenuhi matlamatnya dalam usaha untuk memperbaiki perniagaan yang dijalankan. 

     

    7.  Berani Mengambil Risiko

    Seorang usahawan yang sebenar tidak akan mempersoalkan tentang kejayaan perniagaannya, kerana beliau percaya bahawa kejayaan akan dapat dicapai dan berani untuk mengambil risiko. Beliau mempunyai tahap keyakinan yang tinggi terhadap cita-cita dan matlamatnya dan telah melakukan usaha-usaha untuk mencapai kejayaan tersebut.

     

    8.  Mudah Mesra

    Seorang usahawan yang berjaya mempunyai kemahiran komunikasi yang bagus dan kekuatan ini akan membolehkan beliau untuk menjual produk atau perkhidmatannya kepada pelanggan dengan efektif. Beliau juga adalah seorang pemimpin yang berupaya untuk memberi motivasi, inspirasi dan mempengaruhi orang di sekelilingnya. 

     

    9. Proaktif

    Kebanyakan usahawan yang berjaya adalah orang yang hands-on yang bermakna apabila dia fikir sesuatu yang benar-benar perlu dilakukan, dia akan melakukannya kerana dia akan menganggap perniagaan itu sebagai lanjutan dirinya sendiri.

     

    Panduan Bagi Memulakan Perniagaan

    Bakal usahawan boleh memperolehi maklumat, panduan dan tip untuk memulakan perniagaan daripada pautan di bawah:

  • Membuat Persiapan Diri

    Sebagai seorang usahawan, kita bukan sahaja perlu bijak dalam mentadbir syarikat serta para pekerja sahaja, kita juga perlu memiliki kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan bidang yang diceburi. Jadi, sebelum anda memulakan perniagaan dan menggaji pekerja, pastikan anda mempunyai ilmu dan kemahiran mengenai bidang perniagaan anda terlebih dahulu. Ia penting bagi memastikan anda benar-benar tahu apa yang para pekerja anda sedang lakukan dan dapat membantu jika mereka melakukann sebarang kesilapan.

     

    Perkara-Perkara Penting Untuk Persiapan Diri Sebelum Memulakan Perniagaan

    1.  Motivasi Diri

    Motivasi diri adalah salah satu faktor kejayaan apabila memulakan apa-apa jenis perniagaan. Anda perlu mempunyai keupayaan untuk melaksanakan kerja. Mempunyai visi dan misi untuk perniagaan anda adalah salah satu cara yang memberi motivasi kepada diri anda. Anda tahu apa matlamat anda dan bagaimana untuk mencapai matlamat itu. Unsur ini adalah sangat penting bagi perniagaan milik tunggal dan perniagaan mikro kerana anda adalah perniagaan anda sendiri.

    Bagaimanakah anda boleh bermotivasi dan mendorong diri anda? Motivasi diri mula dibina dengan mengetahui mengapa anda ingin memiliki sesuatu perniagaan. Matlamat ini boleh membantu memberi inspirasi kepada anda untuk memberi yang terbaik daripada diri anda.

    Kemudian, anda perlu mempunyai satu impian. Impian ialah matlamat yang anda fikirkan. Sebagai contoh, impian anda ialah untuk membina perniagaan yang sangat berjaya atau dinobatkan sebagai Usahawan Berjaya pada satu tahun. Impian adalah gol yang ingin anda skor, seperti dalam permainan bola sepak.

     Akhir sekali adalah dengan iltizam untuk mencapai matlamat dan impian yang anda ingini. Mempunyai keinginan sahaja tidak mencukupi. Anda mungkin kecewa apabila anda gagal tetapi keinginan untuk berjaya akan menjadi alat yang berkuasa untuk memberi inspirasi kepada anda untuk bangun dan hidup.

    2.   Kecenderungan Anda

    Memulakan perniagaan dengan bidang kecenderunganandaadalah bonus. Sementara orang lain masih memikirkan apa jenis perniagaan yang boleh dilakukan, anda sudah satu langkah di hadapan kerana anda melakukan apa yang anda suka dan anda berkebolehan dalam bidang itu. Keadaan ini menambahkan nilai perniagaan anda!Ia akan menjadi perniagaan yang berjaya jika anda mempunyai kemahiran dan minat dalam perniagaan yang dirancang. Lagipun, terdapat banyak peluang di luar sana. Mungkin, salah satu peluang yang boleh anda pilih adalah dari bidang yang anda minat. Semangat dan kemahiran akan menukarkan sesuatu perniagaan kepada perniagaan yang berpotensi, terutama sekali apabila anda menceburi bidang yang anda benar-benar berminat.

    Selain itu, melandaskan perniagaan anda di dalam bidang yang anda minati juga memberi faedah lain. Pertama, ia akan membantu anda membangunkan dan menjana banyak idea. Sewajarnya, anda sudah tahu secara mendalam apa yang anda ceburi dan kelebihan ini akan menjimatkan masa penyelidikan, serta perbincangan untuk idea-idea baru. Ia juga akan memberi motivasi kepada anda.

    Tambahan lagi, cara terbaik untuk menjual ialah dengan mempercayai produk anda dan mempunyai kepercayaan bahawa semua produk yang anda promosikan akan memberi manfaat kepada pelanggan dalam pelbagai cara. Dengan menceburi dunia perniagaan dalam bidang yang anda sukai bererti lebih mudah bagi anda untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan anda kepada pelanggan anda.

     Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna anda hanya boleh memulakan perniagaan di dalam bidang yang anda sukai. Pokoknya, ia adalah lebih mudah untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan jika anda mempunyai kecenderungandi dalam bidang itu. Jika anda boleh menemui keseimbangan antara kecenderungandiri anda dan kepentingan orang ramai, anda akan mampu untuk memenuhi kedua-dua kepentingan dan mula menjana wang.

    3.  Sokongan Dan Bantuan Keluarga

    Elemen ini memainkan peranan yang amat penting bukan sahaja di peringkat perancangan perniagaan anda tetapi juga di peringkat lain sehingga anda menjadi usahawan yang berjaya. Juga, sokongan keluarga bertahan lebih lama daripada sokongan lain. Semasa menghadapi risiko, cabaran, pengalaman dan halangan dalam perniagaan, keluarga sentiasa datang membantu dan menjadi tempat untuk mengadu.

    Bukan itu sahaja, keluarga juga boleh menyediakan dana untuk modal permulaan anda. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam peringkat kedua kitaran perniagaan - di bawah sumber dana untuk memulakan perniagaan. Memandangkan bahawa tiada sumber dana lain yang boleh didapati, keluarga adalah sumber dana yang sangat penting untuk merealisasikan impian anda.

     Ahli keluarga tidak sentiasa mempunyai impian yang sama dengan anda. Keutamaan mereka mungkin berbeza daripada kejayaan perniagaan anda. Untuk memastikan bahawa ahli keluarga anda tidak akan mengalami apa-apa risiko yang disebabkan oleh cita-cita dan matlamat anda sendiri, anda perlu berbincang dengan mereka, terutamanya pasangan anda dan anak-anak sebelum anda mengejar impian perniagaan anda untuk memastikan bahawa semua orang bersedia dengan perniagaan

    4.  Kesihatan Fizikal Yang Baik

    Menjalankan perniagaan akan melibatkan aktiviti fizikal dan emosi. Malah di peringkat perancangan, anda perlu menimbang setiap perkara; perancangan perniagaan, proses operasi, akaun dan perolehan, serta pemasaran produk / perkhidmatan. Ia benar-benar memenatkan dan memberi tekanan.

    Mempunyai kesihatan fizikal yang baik akan memastikan anda mempunyai kekuatan untuk menghadapi semua aktiviti dan operasi berat yang terlibat, disokong oleh kesihatan emosi yang baik anda akan dapat mengelakkan diri daripada berputus asa apabila menghadapi masalah-masalah dan cabaran yang tidak diingini. Mempunyai perancangan dan sokongan akan membantu anda bersedia dan berjaga-jaga. Kadang-kadang anda akan merasa kecewa dan tertekan tetapi anda perlu memastikan anda mempunyai masa untuk berehat dan menyegarkan diri.

    Sila layari Portal SMEInfo untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  • Perancangan Kewangan Syarikat

    Kaedah yang digunakan bagi memastikan sesebuah perniagaan mempunyai cukup wang adalah:

    Penyediaan rancangan kewangan (belanjawan). 

    • Jangkaan. Ramalan dan analisis terhadap sesuatu peristiwa atau keadaan pada masa hadapan. 
    • Analisis. Kesan kepada prestasi dan kedudukan kewangan perniagaan. 
    • Penilaian. Tindakbalas kepada peristiwa atau keadaan yang dijangka akan berlaku. 

     

    Dua (2) proses penting dalam Merancang Kewangan Perniagaan iaitu: 

    1-  Merancang Masa Hadapan

    Proses ramalan atau anggaran terhadap sesuatu aktiviti perniagaan. Anggaran tersebut bukan sahaja memberi petanda terhadap apa yang mungkin berlaku tetapi juga sasaran yang akan dicapai oleh perniagaan. 

    Dua (2) perkara yang sangat kritikal dalam menetapkan sasaran perniagaan ialah keuntungan dan kecairan

    • Perolehan untung. Memastikan perniagaan berada dalam keadaan yang menguntungkan serta mempunyai kedudukan wang tunai yang cair. 
    • Kecairan Wang Tunai. Memastikan perniagaan mempunyai wang tunai yang cukup untuk membuat pembayaran yang diperlukan.

     

    2-  Mengawal Prestasi Perniagaan.

    Seseorang usahawan perlu menetapkan sasaran/apa yang perlu dicapai dalam masa-masa yang tertentu  dan akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai sasaran tersebut. 

    Sasaran juga bertindak sebagai kayu pengukur dalam mengukur prestasi perniagaan. 

    Apa yang dapat disumbangkan oleh belanjawan ialah membantu usahawan membuat perbandingan di antara anggaran dengan keputusan sebenar. Cara tersebut dapat menolong usahawan mengenal pasti faktor utama yang menyebabkan berlakunya perbezaan (varian) di antara angka anggaran dan angka sebenar.

    Sila klik pada Senarai Program Pembangunan PKS - Akses kepada Pembiayaan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembiayaan yang disediakan oleh Kementerian dan agensi yang berkaitan.

  • Mendapatkan Maklumat Lokasi dan Premis Perniagaan

    Memilih lokasi yang baik untuk perniagaan anda amat penting dari segi meningkatkan peluang anda untuk berjaya. Memilih tapak yang sesuai untuk perniagaan anda memerlukan pemikiran dan penyelidikan yang teliti untuk membuat keputusan yang bijak. Terdapat juga agensi-agensi yang menawarkan ruang niaga untuk disewa seperti  MARA,  Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan.

    1-  MARA

    Jenis-Jenis Premis Perniagaan untuk sewaan yang disediakan oleh MARA adalah seperti berikut:

    • Bazar
    • Arked
    • Lot Komersil
    • Entrepreneur Park (Lot Industri)
    • Halal Park (Lot Industri)

    Prosidur Permohonan Penyewaan Premis Perniagaan MARA

    • Pemohon perlu mengemukakan borang permohonan penyewaan premis perniagaan melalui Pejabat MARA Daerah/ Pejabat MARA Negeri yang terhampir dengan premis perniagaan yang berkenaan.
    • Borang permohonan sewa boleh didapati di semua Pejabat MARA Daerah/ Pejabat MARA Negeri.
    • Pemohon yang memehuhi kriteria akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga terlebih dahulu. Surat makluman keputusan permohonan akan dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh temuduga.

    Syarat-syarat Am Penyewaan Premis Perniagaan MARA

    • Pemohon warganegara Malaysia dan berstatus Bumiputera.
    • Berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 60 tahun pada tarikh permohonan.
    • Syarikat telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) – Perkongsian / Sendirian Berhad / Berhad

    2-  Perbadanan Usahawan National Berhad (PUNB)

    PUNB membeli premis-premis perniagaan di lokasi strategik di pusat bandar dan kawasan perbandaran baru untuk disewakan kepada usahawan PUNB dan usahawan bumiputera lain. Kadar sewa yang disediakan adalah kompetetif dan hanya usahawan PUNB yang layak akan berpeluang membeli premis-premis perniagaan tersebut. 

    Premis Perniagaan

    i-  Premis Untuk Disewa

    ii- Premis Untuk Dijual

  • Membuat Rancangan Perniagaan
    • Usahawan yang telah mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk memulakan perniagaan perlu merangka rancangan perniagaan bagi memastikan segala aspek di dalam perniagaan di ambil kira termasuk keperluan kewangan, sumber dan operasi perniagaan.
    • Tujuan penyediaan kertas kerja ini bukan semata-mata bagi tujuan memohon pembiayaan daripada institusi kewangan, tetapi sebagai garis panduan kepada usahawan berkenaan tentang perniagaan yang diceburi.
    • Usahawan boleh mendapatkan maklumat daripada laman web agensi yang menawarkan panduan rancangan perniagaan seperti TEKUN, PUNB, SMECorp dan beberapa laman web lain yang dapat membantu.

    Format Pelan Perniagaan

    Sila klik ke Portal SMEinfo untuk maklumat lanjut dan pilihan Format Pelan Perniagaan.

  • Memohon Program Usahawan

    Para usahawan perlu menjalani aktiviti latihan keusahawanan bagi menyediakan pakej untuk Bumiputera memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri‐ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing. Program‐program di bawah latihan keusahawanan biasanya meliputi kursus, latihan, seminar, bengkel bagi input pendedahan, pengetahuan dan kemahiran di tahap pembudayaan keusahawanan, pewujudan usahawan serta peningkatan dan pengukuhan yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan serta dengan kerjasama agensi‐agensi kerajaan, swasta dan badan‐badan bukan kerajaan (NGO).

    Terdapat pelbagai program yang ditawarkan kepada usahawan untuk dipohon. Di antara agensi-agensi/badan berkanun yang menyediakan program usahawan adalah seperti berikut:

    1. Program Usahawan Di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar

    i. Program Usahawan MARA yang terdiri dari:

    • Program Pembangunan Teknousahawan
    • Program Pembangunan Pemasaran
    • Program  Skim Khidmat Nasihat Perniagaan
    • Program Latihan Keusahawanan

    ii. Program Usahawan KEMAS, untuk memberi kemahiran dalam pelbagai jurusan secara non-formal khususnya kepada masyarakat luar        bandar untuk meningkatkan kualiti hidup dan memupuk budaya niaga. 

    iii. Program Usahawan JAKOA, untuk mewujudkan golongan usahawan Orang Asli yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.  

    iv. Program Usahawan RISDA, untuk membantu menyediakan kemudahan kewangan berbentuk pinjaman mudah kepada pekebun kecil individu, koperasi-koperasi pekebun kecil dan syarikat-syarikat yang akan mendatangkan manfaat kepada pekebun kecil bagi melaksanakan kegiatan ekonomi sampingan terpilih untuk membantu mereka menambahkan pendapatan. 

     

    2. Program di bawah Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia)

    • Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) adalah satu program khusus yang bertujuan untuk mewujudkan dan membangunkan PKS Bumiputera yang berdaya saing, berdaya tahan dan dinamik melalui bantuan yang komprehensif dan bersepadu dengan pendekatan bimbingan termasuk mengukuhkan teras perniagaan, membina kapasiti dan keupayaan, meningkatkan produktiviti dan memudahkan akses kepada pembiayaan 
    • Program Tunas Usahawan Bumiputera (TUBE) adalah  untuk menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Program ini menyasarkan golongan belia Bumiputera yang berumur di antara 18 - 30 tahun yang mempunyai minat yang mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya belia yang mempunyai sijil kemahiran asas daripada institusi latihan atau pusat kemahiran tempatan.
  • Menjalani Latihan Keusahawanan

    Latihan usahawan adalah proses penambahan ilmu dalam bentuk latihan/ kursus/ seminar/ bengkel  yang disediakankan oleh Kementerian/ Agensi meliputi pelbagai bidang seperti pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat, motivasi, pengurusan am dan sebagainya.

    Berikut adalah antara Kementerian /agens yang menyediakan latihan / kursus kepada usahawan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan bagi membangunkan perniagaan mereka.

    1- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

    • Program Bimbingan Usahawan
      • Program ini akan melengkapkan diri usahawan dengan kepakaran dan pengetahuan bagi meningkatkan tahap profesionalisme usahawan dalam bidang pemasaran.

    2- Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)

    3- Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

    4- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC)

    • Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ)
      • Program latihan keusahawanan dan kebolehpasaran bagi membentuk dan membimbing para belia dengan kerjasama pakar industri dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan (job creators) yang kompetitif dan bersedia ke pasaran global serta pencari kerja (job seekers) yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa.

    5- SME Corp. Malaysia

    • Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)
      • Program ini bertujuan untuk menggalakkan generasi belia menceburi bidang perniagaan. Ia mempersiapkan belia yang ingin memulakan perniagaan agar mempunyai daya tahan dari segi mental dan fizikal, selain didedahkan dengan landskap dan cabaran dunia perniagaan yang sebenar
  • Mendapatkan Maklumat Bentuk Perniagaan dan Direktori Usahawan

    Bentuk Perniagaan

    Secara umumnya, terdapat 2 (dua) bentuk perniagaan yang dijalankan di Malaysia iaitu:

    1. Barangan

    • Memerlukan lokasi pengeluaran - kilang
    • Output dari pengeluaran adalah stok - yang boleh diangkut dan / atau disimpan untuk penjualan masa depan
    • Kos pengeluaran akan termasuk kos atau bahan mentah dan input lain ke dalam proses pengeluaran
    • Memerlukan hubungan rapat dengan pembekal
    • Kualiti boleh dibina kepada produk melalui reka bentuk dan proses pengeluaran yang baik yang direka untuk memastikan kualiti yang betul dicapai
    • Cukup mahal untuk ditubuhkan. Proses pengeluaran perlu dibuat dan bekerja sebelum barang dapat dihasilkan.

    2. Perkhidmatan

    • Lokasi adalah tempat perkhidmatan diberikan - baik secara fizikal atau maya (virtual)
    • Ia tidak boleh disimpan. Sebuah kedai harus terbuka untuk dijual. Pendandan rambut perlu berada di sana untuk memotong rambut
    • Kos utama perniagaan perkhidmatan adalah orang yang terlibat.
    • Memerlukan tahap kepuasan pelanggan yang tinggi
    • Kualiti diukur dengan kualiti perkhidmatan pelanggan. Lebih sukar untuk diuruskan
    • Agak mudah untuk memulakan perniagaan perkhidmatan, terutamanya menggunakan francais, di mana format perniagaan telah ditubuhkan

    Maklumat lanjut mengenai jenis-jenis perniagaan boleh dirujuk di Portal SMEinfo.

    Jenis-Jenis Perniagaan

    Di Malaysia terdapat lima (5) jenis perniagaan yang berlaku, anda perlu mengetahui dan memilih perniagaan tersebut berdasarkan posisi anda, kebolehan tersebut dilihat dari sudut kekuatan kewangan, kemahiran pembaca dan pengetahuan anda dalam menjalankan, membangun dan menanggung risiko perniagaan tersebut. Lima (5) jenis perniagaan tersebut ialah:

    1-  Pemilikan tunggal/Enterprise

    Perniagaan milikan tunggal atau enterprise merupakan perniagaan yang dimiliki oleh seorang pemilik di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Nama syarikat atau perniagaannya juga digunakan atas nama persendirian atau pemilik itu sendiri. Perniagaan ini didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

    Tempoh masa untuk mendaftar perniagaan ini hanya 1 jam sahaja di kaunter SSM. Kebiasaannya modal yang digunakan oleh perniagaan ini adalah kecil, Sumber modal pula yang diperoleh juga kecil daripada harta pemilik sendiri, pinjam daripada keluarga, rakan-rakan yang dipercayai dan juga bank yang menawarkan pinjaman mikro. Contoh perniagaan seperti kedai runcit, kedai kasut dan sebagainya.

    2.  Rakan Kongsi/Perkongsian

    Perniagaan perkongsian sama seperti milikan tunggal, cuma ia memiliki lebih satu (1) orang dan tidak lebih 20 orang pemilik. Perniagaan ini di bawah Akta Perkongsian 1961. Modal yang biasanya diperolehi dari ahli perkongsian atau pinjaman bank  Keuntungan syarikat dibahagi mengikut modal dan kerja dan persetujuan bersama ahli syarikat. Begitu juga dengan kerugian syarikat perlu dikongsi bersama. Contoh perniagaan perkongsian ialah firma perakaunan, firma guaman dan sebagainya.

    3.  Sendirian Berhad/Sdn Bhd

    Perniagaan Syarikat Sdn Bhd merupakan satu perniagaan yang didaftarkan dibawah akta Syarikat 1965 tetapi mutakhir ini, akta ini telah digantikan dengan akta yang baru iaitu akta Syarikat 2016. Contoh syarikat Sdn Bhd yang mana ada tertulis dibelang nama syarikat tersebut Sdn Bhd seperti syahlam Sdn Bhd, Terus Maju Sdn Bhd dan sebagainya. Pemilikan syarikat Sdn Bhd adalah 2-50 0rang sahaja.

    Liabiliti syarikat tidak melibatkan harta peribadi pemilik, liabiliti Sdn Bhd adalah terhad. Jika berlaku sebarang kerugian kepada syarikat atau bankrapsi, kerugian ini tidak melibatkan harta pemilik tetapi yang rugi adalah syarikat, bukan pemilik. Hal ini merupakan satu kelebihan syarikat Sdn Bhd.

    4.  Berhad/Awam berhad

    Bagi Takrifan syarikat awam berhad ini yang mudah difahami adalah, syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Saham syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia boleh dijual beli oleh ‘public’ atau orang awam. Sebagai contoh, syarikat TM, Padini, Aeon, Petron, Nestle dan banyak lagi.

    Bilangan pemilik minimum adalah 2 orang dan maksimum adalah tidak terhad.  Liabiliti atau hutang adalah terhad, yang membawa maksud tidak melibatkan harta peribadi. Modal syarikat ini diperoleh daripada penjualan syer kepada orang ramai, minimum untuk membeli syer syarikat awam berhad adalah 100 unit dan harga bergantung pada harga syarikat pada hari tersebut. Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia setakat Mei 2019 boleh dimuat turun di sini.

    5.  Koperasi

    Tujuan penubuhan koperasi adalah bertujuan untuk meningkatkan ekonomi ahli-ahli dalam koperasi. Ahli dalam koperasi mestilah sekurang-kurangnya 50 orang ahli yang aktif, sekiranya daripada 50 orang ahli itu sorang tidak aktif maka syarikat koperasi itu tidak dapat dijalankan. Penubuhan Koperasi ini tertakluk dibawah akta Koperasi 1993 yang mana ahli mempunyai hak mendapat keuntungan melalui dividen sekiranya koperasi mendapat keuntungan. Ahli koperasi juga berhak mengundi Ahli pengarah mereka di dalam Annual Grand Meeting. Syarikat koperasi perlu mendaftar  di bawah Suruhanya koperasi Malaysia (SKM).

    Direktori Perniagaan Usahawan

    Berikut adalah senarai direktori perniagaan yang boleh membantu para usahawan mencari maklumat mengenai perniagaan yang diceburi. Sila klik pada pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    1. Direktori Perniagaan Malaysia : carian berdasarkan nama syarikat/perkhidmatan beserta serta lokasi.
    2. Direktori Usahawan GiatMARA : senarai usahawan di bawah GiatMARA
    3. Direktori Usahawan PUNB : senarai usahawan Perbadanan Usahawan National Berhad (PUNB) 

    Direktori ini adalah platform rujukan maya kepada semua maklumat, rujukan dan sumber informasi yang terdapat di dalam ekosistem keusahawanan Malaysia dan antarabangsa. Mulakan pencarian anda sekarang! Cari sumber sedia ada atau tambah sumber asal milik anda, secara percuma.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps