Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Direktori Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Negeri Sabah

Direktori Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Negeri Sabah

Program CEIO (Certified Integrity Officer) adalah sebuah program latihan yang disediakan oleh Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) melalui Pusat Pembangunan Integriti Korporat (CIDC), di bawah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Program ini bertujuan untuk melatih pegawai-pegawai sektor awam, swasta, dan syarikat berkaitan kerajaan dalam aspek pengurusan integriti, etika organisasi, serta undang-undang berkaitan rasuah. Program ini terdiri daripada beberapa modul yang dirancang untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran mencegah salah laku seperti penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana. Pegawai yang berjaya menyelesaikan latihan ini akan ditauliahkan sebagai Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO), yang bertanggungjawab merancang, melaksanakan, dan memantau program integriti dalam organisasi mereka. Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk budaya kerja berintegriti dalam organisasi, serta menjadi sebahagian daripada usaha jangka panjang SPRM untuk memerangi rasuah di Malaysia.

 

Petunjuk
:

tungguMenunggu Pentauliahan - Pegawai yang disenaraikan telah mengikuti kursus dan sedang menunggu pentauliahan rasmi daripada pihak Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

tungguDitauliahkan - Pegawai yang disenaraikan telah ditauliahkan daripada pihak Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) perlu memastikan tanggungjawabnya dilaksanakan dan membuat pembaharuan bagi setiap dua (2) tahun untuk mengelakkan pentauliahan mereka daripada luput.

tungguPentauliahan Luput - Pegawai yang disenaraikan telah ditauliahkan daripada pihak Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, namun pentauliahan telah luput dan perlu ditauliahkan semula. Tarikh luput pentauliahan adalam dua (2) tahun dari tarikh pentauliahan sebelumnya.
Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps