Perutusan Tahun 2025
Selamat Tahun Baru 2025 kepada semua rakan penjawat awam Negeri Sabah.
Syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana kita diberi kesempatan untuk melangkah ke tahun baru ini dengan semangat dan iltizam yang tinggi.
Tahun 2024 telah menyaksikan pelbagai cabaran dan kejayaan bersama dalam mengukuhkan lagi kesatuan serta kecekapan kita melaksanakan amanah kepada rakyat.
Tahun 2024 telah menyaksikan pelbagai cabaran dan kejayaan bersama dalam mengukuhkan lagi kesatuan serta kecekapan kita melaksanakan amanah kepada rakyat.
Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh penjawat awam negeri dan semua pihak yang telah menyumbang ke arah kecemerlangan negeri Sabah. Segala komitmen dan kesungguhan rakan-rakan penjawat awam merupakan teras kepada pencapaian negeri yang kita nikmati hari ini.
Memasuki tahun 2025, marilah kita bersama-sama memperbaharui tekad dan azam untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat selaras dengan amalan Serve With Soul dan Humanizing Service Delivery.
Tahun 2025 juga akan menyaksikan kejayaan agenda “Hala Tuju Sabah Maju Jaya 1.0” hasil kepimpinan cemerlang yang diterajui oleh YAB Ketua Menteri Sabah.
Semua ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sokongan dan dokongan oleh rakan-rakan penjawat awam yang merupakan nadi utama jentera dan pentadbir perkhidmatan Kerajaan.
Semua ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sokongan dan dokongan oleh rakan-rakan penjawat awam yang merupakan nadi utama jentera dan pentadbir perkhidmatan Kerajaan.
Selaras dengan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang telah ditambah baik oleh Kerajaan, saya berharap agar rakan-rakan penjawat awam dapat meningkatkan kualiti tadbir urus dengan lebih responsif, inovatif dan proaktif bagi memastikan perkhidmatan awam terus relevan dan cekap dalam memenuhi kehendak semasa.
Akhir kata, saya mendoakan agar tahun 2025 membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kecemerlangan yang berterusan kepada kita semua.
YB DATUK SERI PANGLIMA Sr. HAJI SAFAR BIN UNTONG, JP.
Setiausaha Kerajaan Negeri
01 Januari 2025
Muat Turun Versi PDF | Muat Turun Versi Grafik (PNG)