Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

RM2 juta tingkatkan produk pelancongan Pusat Kebudayaan Murut Sabah

11 Mac 2023 - Tenom: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan berjumlah RM2 juta bagi projek peningkatan produk pelancongan budaya di Pusat Kebudayaan Murut Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata peruntukan tersebut bertujuan untuk mengoptimumkan potensi produk dan destinasi pelancongan di daerah berkenaan.

“Projek naik taraf ini akan melibatkan tiga komponen utama iaitu pembinaan rumah atas pokok, replika kuburan dan Rumah Tengkorak di bawah rancangan kerajaan sekarang ini.

“Tujuan projek ini adalah untuk menambah tarikan dan presentasi warisan budaya masyarakat etnik murut dalam kawasan pelancongan kebudayaan Murut Sabah kepada masyarakat.

“Meskipun Sabah terkenal sebagai destinasi ekopelancongan, kita juga harus sedar pelancongan budaya juga merupakan salah satu komponen pelancongan yang wajar diberi perhatian.

“Kepelbagaian dan keunikan kebudayaan serta kesenian daripada 35 etnik dan 217 sub-etnik yang ada di negeri Sabah ini merupakan kekuatan kita dalam aspek pelancongan kebudayaan,” ujarnya ketika berucap merasmikan Pesta Kalimaran Kali Ke-17 2023 di Pusat Kebudayaan Murut Sabah, pada Sabtu.

Hajiji turut menekankan pesta tersebut merupakan wadah terbaik kepada orang awam dan pelancong untuk melihat dan mendalami kebudayaan etnik Murut dengan lebih dekat lagi.

“Pesta pada hari ini mempamerkan amalan budaya dan tradisi masyarakat Murut seperti kraftangan, pakaian, tarian, makanan dan sebagainya daripada sub-etnik.

“Saya berharap masyarakat berbilang bangsa dan agama di negeri ini terus bersama-sama membantu memperkasakan lagi khazanah budaya agar terus dikekalkan dan dikenali hingga ke peringkat antarabangsa,” tambah beliau.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong, Datuk Rubin Balang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kalimaran Ke-17 2023.

Bertemakan ‘Kalimaran Membawa Perpaduan dan Kedamaian’, antara pengisian pesta yang berlangsung selama empat hari sejak Khamis lalu itu adalah pameran kebudayaan daripada sub-etnik Murut, pertandingan Butitin Kalimaran dan pertandingan Ralaa Kalimaran. - PENERANGAN

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps