Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Fahami, Jayakan Al-Falah Pemacu Malaysia Madani

07 Jun 2024 (Ahad) - Papar: Sambutan Maal Hijrah peringkat negeri yang diadakan di Dewan Masyarakat Papar, dihadiri kira-kira 4,000 orang dan dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Tun Juhar dalam ucapannya berkata komitmen dan usaha berterusan semua pihak adalah kunci kepada kejayaan sesebuah negara.

"Dengan menggabungkan kekuatan dalam pelbagai aspek, sesebuah negara boleh mencapai kejayaan yang mampan serta menyeluruh dan memastikan kesejahteraan serta kemakmuran rakyat dapat dicapai," katanya.

Tun Juhar turut menyeru rakyat Sabah supaya terus bersatu padu selain mendoakan agar penduduk negeri itu dapat menikmati kemajuan di bawah gagasan Malaysia MADANI dan Sabah Maju Jaya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam ucapannya berkata ketibaan tahun baharu Hijrah kali ini akan menjadi inspirasi kepada kerajaan negeri untuk meneruskan usaha meningkatkan taraf hidup rakyat.

Beliau berkata kerajaan negeri setakat ini telah berjaya mengurangkan kadar miskin tegar di negeri daripada 22,510 ketua isi rumah (KIR) kepada hanya 5,379 KIR dan bertekad melaksanakan pendekatan agresif bagi menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.

Pada sambutan Maal Hijrah tahun ini, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah iaitu Datuk Syed Abbas Syed Ali dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Sabah dan menerima wang berjumlah RM20,000, seutas jam tangan, pakaian, trofi dan sijil penghargaan.

Majlis itu turut dihadiri isteri Tun Juhar Toh Puan Norlidah R.M Jasni, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun Menteri Kewangan, Setiausaha Kerajaan Negeri YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang juga Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps