Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah

01 Februari 2024 (Khamis) - Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah dianugerahkan pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat) dan dilantik sebagai Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Sabah.

Upacara Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Harizuddeain Jantan di pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu pada Khamis.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah memperkenankan syor Majlis Angkatan Tentera (MAT) Ke-592 bagi penganugerahan pangkat tauliah kehormat Askar Wataniah kepada Hajiji.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak dan Panglima Pemerintah Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md. Lepi.
BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps