Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Kumpulan Kibing bakal bina kilang kaca solar bernilai RM7.2 bilion

11 Jun 2024 (Selasa) - Kota Kinabalu: Negeri Sabah bakal menerima impak positif dengan pelaburan bernilai RM7.3 bilion ke negeri ini.

Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan anak syarikat Kibing Group iaitu SBH Kibing New Solar Energy (M) Sdn Bhd bagi memperluaskan pelaburannya di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menyaksikan majlis menandatangani MoU berkenaan pada Selasa di sini, sekali gus menjadi bukti komitmen SBH Kibing New Solar Energy (M) Sdn Bhd untuk membina enam barisan pengeluaran kilang pembuatan kaca solar di Kimanis Papar.

Hajiji berkata, perkembangan terbaru itu membuktikan usaha kerajaan negeri untuk mempercepatkan pertumbuhan sektor perindustrian sememangnya berkesan.

Beliau menegaskan, inisiatif ‘Sabah Mesra Pelabur’ seperti yang digariskan dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) meningkatkan keyakinan pelabur dalam menarik syarikat asing ke negeri ini serta mengembangkan pelaburan sedia ada.

Menurutnya, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan berdedikasi untuk menyelaras dan memudahkan pelaburan itu bagi memastikan pelaksanaannya berjaya dan memacu pertumbuhan ekonomi di negeri ini.

Pelaburan SBH Kibing New Solar Energy dianggarkan berjumlah RM7.2 bilion yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa, dan bakal mewujudkan sejumlah 5,000 peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah.

Kumpulan Kibing melabur lebih RM3 bilion dalam kilang pemprosesan pasir silika dan kilang pembuatan kaca solar yang menjana 1,800 pekerjaan di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Syarikat itu turut menambah barisan pengeluarannya yang ketiga kepada kemudahan sedia ada di KKIP yang mewakili pelaburan tambahan dengan anggaran bernilai RM700 juta serta mewujudkan kira-kira 600 peluang pekerjaan tambahan.

Kilang pembuatan SBH Kibing New Solar Energy (M) Sdn Bhd pada masa ini mengeluarkan 1,200 tan kaca solar setiap hari, yang akan digandakan kepada 2,400 tan sehari bulan ini.

BINGKISAN INTEGRITI YB SKN
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps