Selamat datang ke Portal Rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

     COVID-19  Malaysia.gov energy Sabah.gov  LINKED IN LinkedIn

Aktiviti dan Peristiwa

Amanat Setiausaha Kerajaan Negeri tekankan 3R - Revitalise, React & Responsible

KOTA KINABALU - Majlis Amanat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2022 telah jayanya diadakan pada 03 Mac 2022 bertempat di Dewan Bankuasi Utama, Aras 3, Menara Kinabalu dan telah dihadiri oleh Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri disamping disiarkan secara langsung menerusi strim Youtube kepada seluruh perkhidmatan awam negeri.

Seramai lebih daripada 18,000 penjawat awam telah mengikuti live stream ini yang turut diikuti oleh semua ketua-ketua jabatan di seluruh negeri.

YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP dalam majlis tersebut telah menekankan semua hadirin yang hadir secara fizikal dan secara maya mengenai tema amanatnya tahun ini dengan akronim 3R iaitu Revitalise, React and Responsible yang membawa pendekatan dan maksud menggiatkan, reaksi dan bertanggungjawab dalam mencapai hala tuju yang telah ditetapkan.

Beliau dalam majlis tersebut telah membentangkan pelan pendigitalan kerajaan negeri yang kini kian rancak dilaksanakan oleh semua agensi dan jabatan kerajaan negeri dengan rekod pembangunan aplikasi yang melebihi jangkaan perancangan iaitu sebanyak 215 aplikasi yang merangkumi pelbagai kategori aplikasi antaranya G2G, G2E, G2B dan beberapa lagi.

Pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia pada 2020 tidak menyekat dan menghalang perkhidmatan awam negeri, lantas tindakan dan reaksi kerajaan negeri dengan memperkenalkan konsep Bekerja Dari Rumah (BDR), penggunaan aplikasi digital, penguatkuasaan garis panduan pengurusan COVID-19 di premis-premis kerajaan dan menggiatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) telah membantu perkhidmatan kepada rakyat terus dapat disalurkan. Penggunaan dan aplikasi pendigitalan yang telah diperkenalkan juga telah berjaya digiat usahakan meskipun berhadapan dengan situasi pandemik.

Dalam majlis tersebut juga telah berlangsungnya majlis pelancaran portal rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang baharu dan sistem pemantauan inisiatif OACP Kementerian dan Jabatan yang dikenali sebagai i-DO oleh Bahagian Integriti dan Governans, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Pengenalan kepada duta digital pertama kerajaan negeri Sabah yang dikenali sebagai "Pepper" juga telah diadakan dengan interaksi bersama YB Setiausaha Kerajaan Negeri.

Penyerahan Sijil Apresiasi tahun 2021 oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah diadakan dengan upacara apresiasi kepada semua Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian negeri dan diakhiri dengan sesi bergambar.

Slide
YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, JP
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

"Pengurangan karenah birokrasi dalam sistem dan prosedur kerja yang lama melalui pendigitalan perkhidmatan kerajaan akan membantu usaha membanteras rasuah, meningkatkan kecekapan serta menggalakkan perubahan sikap penjawat awam"

Bingkisan Integriti
sabah crest faviconPejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah
Aras 28, Blok A, Menara Kinabalu,
88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Talian: 088-369900 088-369901
Faksimili: 088-211016
Navigasi Google Maps